berita

Video: Iklan ‘Puasa Yang Yuk’ TM Mencuit Hati

August 1st, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-07-31 at 23.33.24

Pejam celik, pejam celik rupanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Lebaran. TV dan radio juga nampaknya sudah mula berlumba-lumba menyiarkan iklan raya dengan mesej yang tersendiri.

Namun dalam banyak-banyak iklan Hari Raya, OHBULAN! cukup tertarik dengan iklan daripada Telekom Malaysia (TM) berjudul Puasa Yang Yuk yang sangat mencuit hati.

Screen Shot 2013-07-31 at 23.37.59

Imaginasi Aiman sewaktu menahan lapar

Iklan berdurasi 1:50 saat itu menceritakan tentang cabaran dan dugaan dihadapi oleh seorang kanak-kanak lelaki yang sedang belajar berpuasa penuh.

Dengan memaparkan gelagat comel dan kenakalan budak lelaki bernama Man itu, TM berjaya lari daripada menghasilkan iklan klisé seperti kebanyakan komersial raya bergenre sedih yang lain.

Screen Shot 2013-07-31 at 23.39.11

Paling menarik sekali, idea yang ditonjolkan kali ini dilihat lebih segar tanpa perlu terikat dengan konsep mempromosikan produk seperti iklan-iklan raya TM yang terdahulu.

Bagi yang jarang menonton televisyen dan belum berkesempatan menonton iklan dimaksudkan, apa kata anda luangkan masa sebentar dengan menontonnya di bawah. Kami pasti anda akan tertarik melihat gelagat Man. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×