Asyik dikenali sebagai hero yang romantik dalam drama, pelakon Ikmal Amry menepis ‘stereotaip’ masyarakat dengan cara menyertai program realiti, Maskulin: Who’s Your Bro.
Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Tak Menyesal Kahwin Muda, Alam Rumah Tangga Banyak Ajar Erti Kehidupan – ‘Ketika Itu Nama Sedang Di Puncak’
Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Komen Tindakan Ahli Kelab ‘Challo’ Suka Tayang Badan – ‘Saya Tak Menghalalkan Yang Haram, Salah Tetap Salah’
Saya boleh berlakon watak aksi
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Ikmal berkata, dengan adanya program realiti seperti ini, dia dapat menunjukkan kelebihan dari segi fizikal.
Ini adalah salah satu sebab terbesar saya masuk dan sepanjang sepuluh tahun dalam industri, mungkin kebanyakan orang tidak nampak yang saya sebenarnya juga boleh pegang watak aksi. Sejujurnya, tawaran untuk watak lasak juga saya tidak ada.
Mungkin sebab ada yang menganggap saya sebagai pelakon lebih sesuai untuk watak romantik semata-mata. Jadi apabila ada platform program realiti yang memerlukan kita fokus terhadap kecergasan, saya terus ambil peluang.
Ikmal atau nama sebenarnya, Mohd ZulIkmal Amri Ghazali, turut berkongsi mengenai persediaan yang dilakukan olehnya sebelum menyertai program tersebut. Ujar bapa kepada dua orang cahaya mata ini, dia sentiasa bersenam dan menjaga pemakanan sejak beberapa bulan yang lalu.
Sebenarnya tidak lama, tiga bulan sahaja sebab lepas habis penggambaran, badan saya susut dan berat saya ketika itu cuma 60 kilogram. Saya teruskan rutin kecergasan dan kebetulan dapat tawaran untuk sertai pertandingan ini. Malah saya rasa, keadaan kecergasan fizikal saya juga ideal dan boleh bertanding.
Disoal mengenai sokongan daripada isteri dan keluarga, Ikmal secara ringkas menjawab, isterinya iaitu Najla sentiasa memberi sokongan apabila mengetahui mengenai program Maskulin: Who’s Your Bro ini.
Dia menyokong apa-apa yang saya pilih untuk buat. Kemudian, dalam masa tiga bulan berlatih, dia juga yang menyediakan menu makanan diet untuk saya.
Malah dia jugalah yang akan kejutkan saya bangun pagi untuk joging. Dia seorang yang supportive, termasuk ketika saya ada penggambaran.