![[VIDEO] Imam Muda Asyraf Kongsi Pesanan Terakhir PU Rahmat, Minta Tenangkan Ibu – ‘Kalau Kita Tak Jumpa..Jumpa Di Syurga’](https://asset.ohbulan.com/2025/10/pu-rahmat-86.jpg)
Pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf berkongsi beberapa pesanan terakhir pendakwah yang merupakan salah seorang peserta Global Sumud Flotilla iaitu PU Rahmat Ikhsan.
Artikel Berkaitan: Sukarelawan Malaysia Dalam Keadaan Selamat, Akan Dihantar Pulang Melalui Negara Ketiga
Artikel Berkaitan: Solidariti GSF, Orang Ramai Laung ‘Hancur Zi*n*s’ Depan Kedutaan Amerika Syarikat
Pesanan PU Rahmat
Menerusi temu bual bersama Bernama Radio, Imam Muda Asyraf berkata, PU Rahmat meminta rakan-rakannya untuk menenangkan ibunya dan memberitahu tentang perkara-perkara positif berkenaan misi kemanusiaan tersebut.
Dia meminta rakan-rakan untuk tenangkan ibunya dan beri khabar gembira dan bukan khabar ketakutan.
Ceritalah ini adalah sebuah kemenangan dan tidak akan berlaku apa-apa keganasan.
Alhamdulillah, setakat ini pun kita tidak nampak unsur keganasan yang berlaku.
Dalam pada itu, Imam Muda Asyraf turut mendedahkan pesanan terakhir PU Rahmat sebelum ditahan oleh pihak Israel pada Khamis.
Pada pukul 4.30 pagi, dia minta maaf, sampaikan salam, minta jagakan mak, jaga diri dan dia mohon doa..kalau tak jumpa (di dunia), jumpa di syurga.
Terdahulu, Imam Muda Asyraf antara individu yang hadir dan berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) seawal jam 12 tengah hari Khamis sebagai tanda bantahan terhadap tindakan rejim Zionis yang menyekat misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.
Untuk info, semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan berada dalam keadaan selamat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.
Wisma Putra memaklumkan kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera peserta GSF terutama rakyat tempatan yang ditahan Israel.
Kerajaan Malaysia dalam kenyataan sama turut menegaskan penahanan peserta flotila oleh rejim Zionis adalah tidak sah dan menuntut agar mereka dibebaskan segera serta dilayan selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.
Sumber: Bernama Radio