Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil berkongsi doa-doa yang diamalkannya sebelum berumah tangga bersama personaliti media sosial, Dahlia Rizal.
Artikel Berkaitan: Sweetnya.. Imran Aqil Ilhamkan Lagu ‘Bunga Dahlia’ Buat Isteri, Dahlia Rizal
Artikel Berkaitan: ‘Kepada Suami, Sayangku & Rumahku’- Dahlia Rizal
Doa amalan
Menerusi siaran langsung di platform TikTok, Imran berkata dia mengamalkan doa daripada salah satu surah Al-Quran selain membaca doa khusus untuk dijodohkan bersama Dahlia.
Doa yang saya amalkan yang pertama adalah doa Nabi Musa, Sural Al-Qasas ayat 24. Dalam sujud yang terakhir baca 16 kali.
Doa lagi satu adalah, Ya Allah jika Dahlia adalah yang terbaik buat ku, maka satukan lah kami. Tetapi jika Dahlia bukan yang terbaik buatku maka lembutkan hatinya untuk jadi yang terbaik buatku. Tetapi jika aku bukan yang terbaik untuknya maka permudahkan urusan aku untuk jadi yang terbaik untuknya. Takdirkanlah kami, tetapi jika bukan takdir kami maka jauhkan lah dia dengan cara yang terbaik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa sebak mendengar doa tersebut dan menyifatkan Dahlia sebagai seorang yang sangat bertuah kerana memiliki suami seperti Imran.
Untuk info, pasangan itu selamat mendirikan rumah tangga pada 9 September lalu dan sering menjadi perhatian warganet susulan sifat romantis yang dipamerkan mereka di media sosial.
@nsyiexx yang proper mula mula imran share dah screenrecord tau, sekali ada lagu “bunga dahlia” imran pasang. bila stopkan, tengok kat gallery part tu dah kena cut?!!? #doaimranaqil #dahliarizal #imranaqil
Sumber: TikTok