Penyanyi Ina Naim menjawab dakwaan kononnya dirinya ‘didera’ dan hidupnya terlalu ‘naif’ kerana bekas suami, Allahyarham Suhaimi Saad tidak menyediakan peti ais, mesin basuh dan televisyen di rumah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim & Suami Tak Sorok Kebahagiaan, Siap Berkaraoke Lagi! – ‘Patut Dia Setuju, Ada Persamaan Dengan Arwah Rupanya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Penampilan Baru Ina Naim, Siap Pakai ‘Makeup’ Lagi! – ‘Cantik, Kemas..Pandai Suami Jaga’
‘Kejujuran, kasih sayang & sikap bertolak ansur penting’
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Datuk Seri Aliff Syukri, Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim, 40, menafikan tuduhan tersebut sebaliknya menjelaskan bahawa peti ais adalah bukan satu keperluan baginya memandangkan dia setiap hari akan pergi ke pasar untuk membeli barangan basah.
Peti ais tak ada tu betul sebab saya hari-hari pergi pasar beli makanan segar.
Dalam pada itu, Ina berpendapat bahawa keperluan tersebut bukanlan satu kepentingan dalam sesebuah rumah tangga sebaliknya kejujuran dan kesetiaan adalah perkara yang perlu ada dalam sesuatu hubungan itu.
Bagi saya peti ais bukanlah satu benda yang penting untuk rumah tangga tapi yang penting adalah kejujuran, kasih sayang dan sikap bertolak ansur.
Ina menjawab demikian selepas ditanya oleh usahawan sensasi, Aliff Syukri mengenai responnya apabila dia dianggap ‘didera’ dan ‘naif’ sewaktu bergelar isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad.
Sementara menjengah ke ruangan komen,rata-rata netizen memuji sikap bersederhana Ina dalam menjalani kehidupan sebagai seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu.
Video
@papalarisofficialCantik kan bag zuka papa ni, betul dah banyak artis yang pakai, ada berbagai macam warna, nak beli tekan bag kuning? Everyday, piano, relaxing, talking(898857) – TAKACHAN
Sumber: TikTok Datuk Seri Aliff Syukri