Peserta ujibakat pertandingan Liga Dangdut Indonesia 2020, Nurjanah tidak sempat meraikan kemenangan apabila menerima khabar duka mengenai pemergian ibu. Ketika ujibakat sedang berlangsung, dia mendapat panggilan telefon dari bapa saudara memaklumkan berita sedih tersebut.
‘Jannah & keluarga sayang Mama tapi..’
Anak berusia 14thn & lulus ke Pertandingan Liga Dangdut Indonesia 2020.. Saat beliau gembira & mau berkongsi cerita dengan keluarga, pakcik memberi khabar duka..
Ibunya meninggal dunia beberapa minit yang lalu.. Luluh hati ni!
1/2 pic.twitter.com/iSI4uwLrhN— Azim Kamaruzzaman (@RealAzimK) January 21, 2020
Sambungan..
“Jannah & keluarga sayang Mama.. Tapi Allah lebih sayangkan Mama”
Allah!
2/2 pic.twitter.com/Yt7GI73XO9— Azim Kamaruzzaman (@RealAzimK) January 21, 2020
Menerusi perkongsian seorang individu di Twitter, di saat Nurjanah sedang gembira dengan keputusan juri, dia mendapat tahu ibunya dimasukkan ke hospital. Bapa saudara menenangkan Nurjanah dengan memberitahu ‘Mama sedang berkumpul sama keluarga, ada di rumah.’
Namun, di saat Nurjanah meminta izin bercakap dengan ibu, bapa saudara terpaksa memberitahu mama sudah pergi menghadap Ilahi akibat sakit jantung. Air mata kesedihan jatuh bercucuran di saat dikhabarkan berita duka tersebut.
Mama juga sempat berpesan supaya Nurjanah harus kuat dan menjadi tulang belakang kepada adik-adiknya. Kata Nurjanah, sebelum dia hadir ujibakat Mama sempat memberi pesanan untuk menjaga adik-adik dengan baik sekiranya cita-cita sudah tercapai.
Mama, Mama bilang sama Janah Mama baik-baik aja. Tetapi kenapa Mama sudah pergi saat Janah sudah tembus tahap yang Mama mahu.
Selain itu, Mama memintanya jangan sesekali lupa kepada keluarga. Mama mahu dirinya fokus pertandingan, tidak perlu fikirkan Mama. Jelas Janah lagi, dia masuk pertandingan ini kerana mahu merawat ibunya yang sedang sakit. Bapanya juga sudah meninggal dunia.
Semoga diampunkan dosanya
https://www.youtube.com/watch?v=cnAT9NUwydU
Sumber : Azim Kamaruzzaman