![[VIDEO] Individu Kongsi Momen Hadir Kafe Kueh, Netizen Komen Kerenah Para Ibu – ‘Mak Saya Pun Request Nak Datang Kafe Erra Fazira’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/kueh.jpg)
Seorang individu berkongsi momen membawa keluarganya ke kafe Kueh, yang dimiliki oleh suami kepada primadona, Erra Fazira.
Artikel Berkaitan: Gelagat Ibu Erra Fazira Bikin Terhibur – ‘Menantu Aku Handsome, Anak Aku Cantik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erra Fazira Jawab Persoalan Sebab Pakai Rambut Palsu Hingga Digelar ‘Ratu Wig’
Cafe Kueh
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu dikenali sebagai Julia memaklumkan bahawa ibunya merupakan peminat pelantun lagu Hanya Di Mata itu.
Bila mak kau peminat Erra Fazira.
Datang rumah anak bukan nak tengok cucu saja, rupanya minta nak pergi makan dekat ‘kafe Erra Fazira’.
Video berdurasi selama 33 saat itu meraih perhatian Erra yang dilihat bersyukur atas kehadiran keluarga tersebut.
Allahuakbar.
Terima kasih bawa mak datang kafe.
Semoga mak gembira dengan sajian di kafe. Kirim salam pada mak ya.
Ramai mak-mak nak datang Kueh




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi kerenah golongan ibu yang gemar meminta untuk mengunjungi ‘kafe Erra Fazira’. Selain itu, warganet turut menyifatkan bahawa rezeki Mr E atau Ezwan Zain berkembang pesat menerusi isterinya.
Sumber: TikTok @julia_zainal








![[VIDEO] Anak Sulung Zahnita Titip Kata-Kata Menyentuh Hati – ‘Saya Harap Sekarang Ibu Lebih Bahagia’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/zahnita-1.jpg)