![[VIDEO] Individu Tegur Majlis Perkahwinan Orang Islam Ikut Budaya Barat – ‘Kenapa Tiada Yang Tegur?’](https://media.ohbulan.com/2025/05/majlis-kahwin.jpg)

Seorang individu meluahkan rasa kecewa dengan majlis perkahwinan yang dijalankan oleh orang Islam hari ini yang lebih kepada mengundang kemurkaan Allah daripada keredaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Berangan Tengok Suntingan Majlis ‘Nikah’ Bella & Syed Saddiq, Doa Jadi Kenyataan – ‘Seram Kalau Tak Jadi, Aku Nangis Bucu Katil’
Artikel Berkaitan: Hanya Jemput 150 Orang Ke Majlis Kahwin, Pengantin Tahan Malu Lauk Tak Cukup – ‘Rupanya Saudara Jemput Jiran Sekali’
Orang islam kahwin macam budaya barat
@rukun_islam_5 Kenapa perkahwinan orang islam hari ini tak macam kehidupan orang islam? #fyp #fyp??viral #viral #fypp #foryou #foryourpage #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #creatorsearchinsights ? Very Sad – Enchan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu terbabit tampil bersuara selepas melihat banyak majlis perkahwinan kini diadakan dengan budaya barat.
Tambahnya, suami tidak menjalankan tanggungjawab sehingga membenarkan isteri diperlihat secara umum dengan mengenakan pakaian yang ketat.
Hari ini kalau kita tengok, kita sudah jauh daripada kehidupan Nabi Muhammad SAW.
Perkahwinan adalah salah satu cara untuk mendapat reda Allah. Tapi kalau kita tengok selebriti, perkahwinan mereka seperti orang kafir.
Betapa jahilnya suami atau bakal suami yang mempertontonkan pasangan mereka kepada umum.
Ini bukan cara islam. Hari ini majlis perkahwinan seperti orang kafir.
Cara orang islam, kita tiada pun pelamin. Tidak memperdagangkan isteri untuk dilihat umum.
Kalau majlis kahwin kita pun Allah tak reda, macam mana kita nak dapatkan keredaan Allah dengan kehidupan kita?
Dalam pada itu, individu terbabit mengajak orang ramai mendalami ilmu agama agar kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan dengan cara Nabi Muhammad SAW.
Sedih lihat orang islam kini




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dengan ilmu orang Islam yang dianggap cetek sehingga melakukan maksiat secara terang-terangan di majlis yang penuh barakah. Selain itu, warganet turut berterima kasih kepada individu terbabit kerana berani untuk bersuara.
Sumber: TikTok @rukunislam5







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
