berita

[VIDEO] Ingat Lagi Kisah Gadis Sesat 19 Hari Di Gunung Tahan? Selepas 11 Tahun, Ini Ceritanya…

January 23rd, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Siapa boleh melupakan insiden ngeri dialami Nur Umaisarah Same’aun atau Umai yang sesat di Gunung Tahan pada 2008. Kehilangannya membuatkan satu Malaysia dikejutkan dengan penemuan gadis berkenaan dalam keadaan lemah selepas 19 hari.

Pengalamannya itu diceritakan dalam satu dokumentari pendek diterbitkan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) baru-baru ini.

Umai juga menceritakan pelbagai kepayahan ditimpanya ketika sesat. Antaranya adalah insiden terjatuh dan terhentak sehingga membuatkan dia kehilangan barang keperluan di dalam beg dibawa.

Waktu beg saya terjatuh, saya turut sekali terjatuh. Lutut saya sakit sebab terhentak kawasan keras. Sakit sangat. Saya menjerit sekuat hati. Hanya Allah sajalah yang tahu perasaan masa tu.

Selain itu, percubaannya untuk ditemukan juga menemui jalan buntu apabil apa yang dirancang tidak berjaya. Usahanya membuat unggun api menggunaakan cermin matanya tidak membuahkan hasil diharapkan.

Saya terfikir untuk buat unggun api pakai cermin mata. Saya kumpulkan ranting kayu dan daun kering dan gunakan cermin mata untuk guna cahaya matahari. Tapi percubaan saya tidak berjaya.

Sumber: Suek Bro 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×