Sekadar gambar hiasan
Ingatkan cucu dulu, rupanya datuk yang kahwin dulu! Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pemuda di laman TikTok yang menceritakan datuk tersayang selamat disatukan dengan calon pilihan hati. Kalau dah jodoh tak ke mana!
Artikel Berkaitan: Ingatkan Kongsi Video Kakak Kahwin, Rupanya Emak! Umur 50 Tahun Tapi Masih Awet Muda
Artikel Berkaitan: Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana! Beza Umur 37 Tahun Sama Sekali Tak Jadi Penghalang – ‘Moga Mama & Abie Bahagia Selalu…’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’
Datuk yang kahwin bukan cucu
Menerusi video pendek yang dimuat naik oleh pemuda ini, menceritakan mereka sekeluarga telah menghantar rombangan bagi tujuan meminang. Mengulas lebih lanjut, pemuda ini menceritakan datuknya kelihatan begitu steady ketika proses meminang itu berlangsung.
Harini atok aku nak meminang. So aku on the way pergi rumah bakal nenek tiri guys.
Apa yang lebih membanggakan, datuknya sah bergelar seorang suami dengan sekali lafaz sahaja. Memang power!
Muka tak sihat baru keluar wad sebab kena serangan jantung. Maybe berdebar nak kahwin.
Sekali lafaz je geng ko ado? Alhamdulillah.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton hampir 80k tontonan dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah yang dikongsikan pemuda ini dan mengucapkan tahniah buat mereka sekeluarga.
Video penuh:
@biruni_Kau Ada nenek tiri tak? Hah?? Tak?? Hmmm lemahhhh slebewwww!!? original sound – ?KroNoLoC?
Musim atuk kahwin
Sumber: Biruni