Pelakon, Puteri Sarah Liyana sebak ketika berkongsi tentang ujian yang dilaluinya sebelum ini dan menghargai kehadiran keluarga yang banyak menyokongnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Rahsiakan Karier Sebagai Selebriti Depan Anak-Anak – ‘Mereka Cuma Tahu Nama Sahaja’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Andi Sakat Puteri Sarah Bikin Ramai Blushing, Doa Cepat Kahwin! – ‘Aduh, Kalau Tak Dicubit, Digigit..Hancur Badan Kita’
Perasaan seorang ibu & anak
Menerusi podcats Confession Bilik Gelap, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak mampu menahan air mata ketika bercerita tentang anak-anaknya.
Difahamkan Puteri Sarah belum lagi menerangkan tentang perkara sebenar kepada mereka.
Saya minta maaf perkara ini berlaku kepada awak berdua, ini bukan salah kalian tapi ini adalah takdir.
Tapi jangan risau, mama dengan ayah memang sayang sangat-sangat awak berdua dan insyaAllah kami akan bagi yang terbaik kepada Syaikhul dan Sumayyah.
Dalam masa yang sama, dia memohon maaf kepada kedua ibu bapanya dan berusaha untuk menjadi seorang anak yang baik.
Untuk mak ayah saya, saya minta maaf kalau selama ini saya bukan anak yang baik. Tapi sekarang saya cuba untuk jadi anak yang terbaik. Cuba membalas jasa.
Puteri Sarah juga meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan mentua seperti Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail yang menyayanginya seperti anak mereka sendiri.
Untuk mak mentua dan bapa mentua saya yang selama ini tak putus-putus sokong saya, walau apa pun yang saya buat. Tapi mereka masih menyayangi saya seperti anak mereka yang betul. Saya tak pernah rasa macam menantu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh mendengar luahan hati pelakon berusia 38 tahun tersebut dan mendoakannya agar tabah membesarkan anak-anak sebagai seorang ibu tunggal.
Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.
@puterisarahfanss_ #puterisarahliyana #andiarsyil #datinpatimah #datokyusofhaslam #andiarsyil #story?? #??????? #fypviraltiktok????? #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp
Sumber: YouTube Syok