berita

[VIDEO] Irene Deanna Akhirnya Jawab Gosip Cinta Dengan Syamsul Yusof – ‘Tiba Tiba Famous, Alhamdulillah’

November 6th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

IRENE

Wanita yang didakwa menjalin hubungan cinta dengan pengarah Syamsul Yusof iaitu Irene Deanna akui terkejut apabila namanya tiba-tiba dipetik sehingga menjadi bualan hangat netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai, Talak Satu

Artikel Berkaitan: Apa Hubungan Syamsul Yusof Dengan Ahli Perniagaan Berambut Keriting?

Tiada apa-apa

syamsul yusof

Ketika ditemui OhBulan!, Irene, 25, bagaimanapun berkata dia enggan memberi komen lanjut berhubung dakwaan yang tular itu.

Malah, katanya isu berkenaan sama sekali tidak mengganggu emosinya.

Bagi pihak saya, tiada apa yang nak komen tentang isu yang melibatkan Syamsul Yusof. Memang tiada apa-apa (hubungan) dengan dia.

Saya terkejut bila nama saya tiba-tiba viral dan menjadi sebutan orang. Saya cakap dengan mama saya kenapa jadi macam ini eh.

Isu itu sama sekali tidak mengganggu hidup saya. Saya buat kerja macam biasa sahaja. Rasa stress pun tidak.

Irene berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Stars On Fire In Kuala Lumpur, yang berlangsung di Hotel Le Meredien, pada Isnin.

@ohbulanofficial Wanita yang didakwa menjalin hubungan cinta dengan pengarah Syamsul Yusof iaitu Irene Deanna akui terkejut apabila namanya tiba-tiba dipetik netizen ? #ohbulan #sembangentertainment ? original sound – OHBULAN!

Dalam pada itu, Irene berkata dia bersyukur apabila pengikut di laman sosialnya bertambah.

Itu lah, tiba-tiba famous. Tapi bila pengikut bertambah itu saya alhamdulillah. Terima kalau ada yang sokong saya dalam tak sedar.

Urusan kerja

syamsul ahli perniagaan

Sementara itu, diminta mengulas mengenai gambar dia bersama Syamsul, Irene berkata foto tersebut diambil ketika mereka berjumpa atas urusan kerja.

Berkenaan gambar yang tular itu sebenarnya Syamsul datang ada urusan kerja dengan Utama Motor. Kemudian kami bergambar beramai-ramai macam biasa, sebab dia rakan ibu bapa saya, tiba-tiba gambar itu tular.

Saya baca komen netizen sikit-sikit, sebab orang ada juga yang hantar dekat saya. Bila saya baca saya tergelak.

Saya dan Syamsul sekadar kenalan, sebab dia kawan mak ayah saya. Sekadar kenalan hi dan bye macam itu.

Terdahulu, tular beberapa foto dan video memperlihatkan Syamsul dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Irenee Deanna sehingga timbul dakwaan mengatakan mereka sedang bercinta.

SKIP THIS AD ×