Pelakon Puteri Sarah Liyana hampa apabila permohonan cerai yang difailkan terhadap suaminya, Syamsul Yusof pada 16 Januari lalu ditolak oleh pengarah sensasi itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bagi Isyarat ‘Allah Yang Satu’, Syamsul Yusof Diam Menyepi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Enggan Cerai, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul Pada Tahun 2020
Sarah terkejut Syamsul tak mahu ceraikannya
Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Sarah merayu agar Syamsul melepaskan dirinya dengan cara baik. Kata aktres berumur 38 tahun, sudah tidak sinar untuk mereka berdamai dalam perkahwinan.
Dia tak nak melepaskan saya. Dia kata masih ada sinar. Sinar apa? Sebab dia rasa boleh berdamai lagi. Just let me go Muhammad Syamsul, saya dah malas!
Puteri Sarah berkata demikian ketika menghadiri sebutan pertama kes perceraian yang difailkan terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa.
Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut mendedahkan bahawa dia dan Syamsul sudah tidak bersua muka sejak setahun lalu selain langsung tidak melawat ketika jatuh sakit pada Februari lalu.
Sedangkan saya tengah sakit hari itu dia tak pernah jenguk, tak tanya khabar. Saya sangat terkejut sebab dah setahun dia block (sekat). Selepas setahun ini adalah kali pertama saya jumpa dia.
Dalam pada itu, ditanya sama ada Syamsul berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka, jawabnya Syamsul hanya menghubungi demi anak-anak mereka.
@ohbulanofficial Let it go! Let it go bak lagu Frozen #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #puterisarahliyana #minta #dilepaskan #let #me #go
Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie, Roshdan Sujak. Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah.