berita

[VIDEO] ‘Inilah Nikmat Sebuah Kehilangan’ – Genap Seminggu Hana Ismail Berpantang Akibat Keguguran

August 9th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Hana Ismail

Selepas seminggu berpantang akibat keguguran, pengacara dan pendakwah selebriti, Hana Ismail berkongsi luahan isi hatinya menerusi satu hantaran video di laman TikTok.

Artikel Berkaitan: Isteri Da’i Syed Keguguran

Artikel Berkaitan: Da’i Syed Pujuk Hana Ismail Menangis, Terkesan Dengan Komen Netizen ‘Kurangkan Menari’

‘nikmat sebuah kehilangan’

Hana Ismail

Menerusi video tersebut, Hana berkata perasaan yang dirasai apabila kehilangan zuriat itu sama seperti perasaan ketika mengetahui dirinya sedang hamil.

Genap seminggu saya berpantang dan bagi yang belum saya kehilangan anak dalam kandungan.

Perasaan ini sama beratnya dengan rasa gembira bila saya tahu mula-mula mengandung dulu. Inilah nikmat sebuah kehilangan bagi saya.

Dalam masa sama, isteri kepada pendakwah, Da’i Syed itu turut berpesan kepada orang ramai untuk sentiasa menghargai sesuatu perkara sebelum kehilangan.

Kepada anda yang berkongsi kisah sama seperti saya, ingatlah untuk merasai kehilangan anda harus memiliki.

Di saat anda memiliki, anda harus menghargai. Al-Fatihah untuk malaikat-malaikat kecil yang menanti kita (para ibu) di syurga.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruang komen mendoakan Hana dan suami untuk terus kuat menjalani kehidupan.

Dalam pada itu, segelintir wargamaya turut memahami perasaan yang dirasai Hana memandangkan mereka turut berdepan situasi dan ujian yang sama.

Terdahulu, Syed menerusi hantaran di Instagram memaklumkan isterinya telah mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki 10 minggu.

Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala lumpur.

Video

@hanaalmauzah_EPISOD 8 | KEHILANGAN ?? original sound – Hana ismail.


Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×