berita

[VIDEO] Insaf Tak Mahu Main Telefon Bimbit Lagi, ‘Prank’ Ibu Conteng Warna Hitam Dekat Kelopak Mata Anak Berhasil!

February 15th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Akses yang mudah kepada teknologi menjadi cabaran buat ibu bapa masa kini dalam mendidik anak-anak. Malah, perubahan zaman turut memaksa ibu bapa menjadi lebih kreatif dalam membentuk generasi baharu.

Di Tiktok, seorang ibu terpaksa melakukan ‘prank’ terhadap dua orang cahaya matanya agar mereka tidak lagi bermain telefon bimbit.

‘Prank’ kreatif

Menerusi video Pn Atikah, dia terpaksa mewarnakan kelopak mata anak-anaknya dengan warna hitam agar mereka berasa takut dan tidak mahu bermain telefon lagi. Ujarnya lagi, tindakannya berbuat demikian adalah untuk memberi pengajaran kepada anaknya kerana sudah beberapa kali menegur supaya menghadkan penggunaan telefon sewaktu di rumah. Pn Atikah dipercayai melakukan ‘prank’ tersebut sewaktu kedua-dua anaknya sedang tidur.

Sebaik sahaja bangun daripada tidur, kedua-dua anak kecil itu kelihatan sangat terkejut dan menangis apabila kelopak mata mereka menjadi warna hitam. Bukan itu sahaja, anak lelaki Pn Atikah turut bersembunyi di dalam selimut sebaik sahaja melihat matanya sendiri. Berikutan daripada itu, Pn Atikah memberitahu ‘prank’ yang dilakukannya itu telah berjaya dan anak-anaknya tidak mahu lagi bermain telefon bimbit.

Reaksi netizen

@atikahhaimi Hahahahahahaha ??? #fyp #tiktokmalaysia #fypdongggggggg ? ANAK KAU MAIN HP – UWAIS & JUWITA ?

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan kagum melihat hasil kreatif Pn Atikah. Malah, netizen turut mengucapkan tahniah kepadanya kerana berjaya mendidik anak-anak agar kurang bermain telefon bimbit. Netizen turut menyatakan hasrat mahu melakukan ‘prank’ yang sama terhadap anak-anak mereka sendiri serta anak buah yang kerap bermain telefon sewaktu di rumah.

Sumber: Atikah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×