Usahawan dan selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli akhirnya membuka mulut berhubung dakwaan bakal disaman berjumlah RM5 juta oleh bekas adik iparnya, Anes Ayuni Osman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Bersuara Sebab Penat Dengan Permainan B*doh’ – Bekas Adik Ipar Saman Iqbal Zulkefli Lebih RM5 Juta?
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Tak Berkira Bayar Gaji Berkali Ganda, Pernah Marah Pembantu Rumah Sekali Saja Sepanjang Setahun
Iqbal belum terima surat tuntutan
Ketika ditemui OhBulan!, Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui bahawa sehingga kini dia masih belum menerima apa-apa surat tuntutan atau maklumat daripada pihak Ayunie berhubung saman yang didakwa difailkan kepadanya.
Saya dengar dia ada saman tapi sampai sekarang surat tuntutan tu tak sampai kepada saya katanya sebab alamat salah.
Tambah Iqbal lagi, dia juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ayunie atas segala fitnah yang didakwa dilemparkan kepadanya.
Sudah semestinya akan ada susulan (berkaitan tindakan undang-undang) cuma biarlah ia selesai secara berperingkat.
Kalau boleh saya tak nak buka aib tapi dia paksa saya jadi saya beri bukti. Tapi dia (Ayunie) masih pusing cerita.
Iqbal berkata demikian ketika ditemui di saingan minggu keempat Famili Duo yang berlangsung di Shah Alam, Selangor, pada Ahad.
Iqbal nafi dakwaan tak lantik peguam
@ohbulanofficial Replying to @Syifa?? Surat tak sampai? ??#ohbulan #fyp #news #iqbalzulkefli #belum #dapat #surat #saman #adikipar ? original sound – OHBULAN!
Dalam pada itu, Iqbal turut menafikan dakwaan Ayunie yang mendakwa dirinya tidak melantik peguam sebaliknya menegaskan mereka tidak mahu terburu-buru dan akan menyelesaikan isu tersebut secara berperingkat.
Dia (Ayunie) kata saya tak melantik peguam tetapi sebenarnya saman itu bermula daripada adik saya iaitu Weldan yang sedang jalankan. Jadi kita selesaikan satu per satu.
Bagi dakwaan surat tak sampai pula, saya sebenarnya dah berbincang dengan peguam semua dan kami nak selesaikan saman untuk Weldan yang lebih mustahak dahulu, kemudian saman saya baru menyusul.
Iqbal turut meluahkan rasa geram dan terkilan dengan bekas adik iparnya yang didakwa sengaja membesarkan isu tersebut selain menabur fitnah terhadap dirinya dan Weldan semata-mata mahu menutup kesalahannya sendiri.
Tidak mahu isu semakin berlarutan, Iqbal sempat menasihati Ayunie agar menjaga kesihatan diri dan kandungan selain meminta bekas adik iparnya itu menjalani kehidupan yang bahagia dengan suami barunya.