Niat usahawan Iqbal Zulkefli untuk melakukan pembedahan bariatrik bagi menurunkan berat badan di samping ingin menambat hati para wanita di luar sana terpaksa dilupakan.
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Nak Potong Usus, Pernah Baca Komen Wanita Suka Lelaki Kurus
Artikel Berkaitan: Fasih Berbahasa Indonesia, Orang Tempatan ‘Claim’ Iqbal Zulkefli Asal Surabaya – ‘Mereka Tak Percaya Saya Dari Malaysia’
Saran telan belon
@ahmadiqbalzulkefliSAYA MAHU POTONG PERUT BUKAN GURAUAN. BETUL-BETUL MAHU KURUS . Setelah saya buat kajian, Prof Datuk Nik Ritza adalah antara yang paling bagus bagi rawatan kurus. Terus saya pergi ke HUKM. Saya tekad untuk lakukan pembedahan bariatik (potong usus) namun Dr sarankan telan belon . Kos pun jadi murah; RM18,000 – RM23,000. Cuma dalam enam jenama belon, jenama Allurion adalah paling terbaik kerana teknologinya jauh lebih tinggi dan terbukti kurus cepat tanpa sebarang risiko dan kesakitan . Saya mahu kurus segera sekurang-kurangnya 8 kilogram dalam masa tiga bulan. Kata Prof Datuk Nik Ritza, itu tidak pelik jika pakai belon Allurion . Jika gemuk begini, susah saya dapat jodoh. Adakah salah jika saya potong perut? Saya cuma ada masa seminggu sahaja untuk buat keputusan.? original sound – Ahmad Iqbal Zulkefli
Menurut Pakar Perunding Pembedahan Gastrousus dan Obesiti Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Prof Datuk Dr Nik Ridza, Iqbal tidak boleh meneruskan hasratnya kerana Indeks Jisim Tubuh (BMI) Iqbal tidak mencukupi seperti yang tertera dalam salah satu syarat pembedahan.
Bagaimanapun, Iqbal disarankan untuk melakukan kaedah belon gastrik atau ‘Intragastric Balloon’ yang mana kos dikatakan sekitar RM16,000- RM18,000.
Kenapa nak potong perut? Nak kurus? Saya tengok Encik Iqbal tak ada besar sangat. BMI Encik Iqbal tidak mencukupi untuk membuat pembedahan bariatrik.
Kata Iqbal, 29, dia ingin menurunkan berat badan sekurangnya 8 kilogram (kg) dalam tempoh tiga bulan.
Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Iqbal Zulkefli meminta pendapat orang ramai adakah tindakannya memotong usus tidak wajar dilakukan.
RM16,000 macam RM16
Menjengah di ruangan komen, warganet menyaran kepada Iqbal untuk mengikut jejak langkah pempengaruh terkenal, Khairul Aming yang mengamalkan gaya hidup serta pemakanan sihat dan berjaya menurukan berat badan sebanyak 20 kg.
Namun, ada juga berpendapat duit bukan segalanya kerana Iqbal berulang kali berkata dia mampu membayar segala kos perubatan.
Sumber: TikTok