Pempengaruh media sosial, Isa Isarb tampil mempertahankan diri selepas muncul seorang individu yang mendakwa dirinya tidak membeli rumah mewah berharga RM9.7 juta sebaliknya hanya menyewa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Influencer Isa Isarb Selamat Bertunang Dengan Gadis Pulau Pinang
Artikel Berkaitan: Isa Isarb Buka Mulut Isu Pukul Budak Futsal, Kes ‘Settle’ Bayar Pampasan RM8 Ribu
Check iklan masih ada atau tidak?
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram (IG), Isa menegaskan dakwaan itu sebagai satu fitnah. Menurut Isa, dia membeli rumah subsale atau maksud lain adalah rumah second hand.
Kalau kita beli satu rumah, lepas itu kita nak masuk awal. Proses banking belum selesai lagi tapi kita nak masuk awal. Jadi, apa yang kita buat adalah kita minta dekat owner lama. Cakap ‘saya nak masuk dulu dan saya bayar sewa dekat awak.’
Awak (Ishaq) patutnya bukan hubungi ejen (hartanah) yang tengah cuba menjual rumah ini. Sekarang cuba awak pergi semak iklan di satu Malaysia. Mesti dah tak ada iklan untuk rumah ini dijual.
Awak sebenarnya dah memfitnah, you’re very wrong and you’re bad person now. Jadi sekarang ini kesannya awak dah bagi saya nampak jahat. Macam mana awak nak bayar hutang saya?
Sewa bulanan RM20,000
View this post on Instagram
Selain itu, Isa juga meluahkan rasa hairan dengan tindakan lelaki yang dipercayai seorang ejen hartanah yang mempertikaikan tindakannya menyewa rumah tersebut. Kata Isa, kos bulanan yang diperuntukkan untuk menetap di rumah itu sudah mencecah RM45,000.
Saya pelik sebenarnya.. kalau sewa pun apa masalah dengan awak? Untuk maklumat awak, saya sewa pun RM20,000, maintenance RM10,000 termasuk aircond 40 HP, landskap, kolam renang, kolam ikan dan segalanya. Bil elektrik nak dekat RM15,000. Jadi, di situ saja dah dekat RM45,000.
Dalam pada itu, Isa ingin tahu langkah seterusnya daripada individu terbabit yang sudah sengaja menviralkan dirinya.
Apa point awak viralkan saya? Untuk apa sebenarnya? Ini rumah subsale, proses jual beli tengah berjalan. Saya boleh masuk awal tapi kena bayar sewa dekat pemilik lama.
Sekarang in awak dah viralkan saya. Macam mana? Jadi awak dah kacau proses saya (beli rumah). You very disturbing, I hate you.
Sumber: Instagram