Pelakon Angeline Tan berkongsi tentang kelebihan menutup aurat untuk wanita Islam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Suruh Pakai Hijab – ‘Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan’
Artikel Berkaitan: Angeline Tan Syampu Kepala Sabri Yunus, Netizen Imbau Kenangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu – ’30 Tahun Tunggu Lucy Cuci Rambut’
Kelebihan pakai tudung
@putraatbrunei
Menerusi sebuah video yang dimuat di TikTok, Angeline atau nama penuhnya Ardini Angeline Tan berkata, dia mengambil pendekatan yang lebih mudah terhadap orang bukan Islam apabila menjelaskan tentang kewajipan berhijab.
Islam bukan sahaja panduan hidup tetapi ia juga menjaga dan mengajar para wanita untuk menjadi lebih kemas, rapi dan bersih.
Untuk orang lain yang mungkin tak faham kenapa kena pakai tudung, saya ceritakan pada mereka begini.
Kita jangan cakap dengan orang bukan Islam tentang tutup aurat, dia takkan faham sebab saya dulu pun begitu. Jadi saya sangat faham apa yang mereka fikir.
Saya katakan kepada mereka, sekarang saya rasa lebih kemas, kalau dulu kena fikir soal rambut tapi sekarang pakai tudung semua jadi. Bukankah ini satu fesyen yang cantik?
Menutup aurat
Dalam masa yang sama, aktres berusia 56 tahun itu juga memberitahu mereka mengenai pemakaian menutup aurat.
Ada pula yang tanya, ‘sekarang sudah kena pakai baju berlengan panjang?’
Saya kata padanya, pakaian berlengan panjang sangat bagus sebab akan melindungi kulit wanita.
Sementara itu, pelakon sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu tersebut turut menasihati para muslimah agar menutup aurat mereka dengan baik.
Coklat yang mahal lagilah kena balut dengan cantik. Dalam Islam wanita sangat berharga dan Islam sangat menjaga wanita.
Sumber: TikTok