berita

[VIDEO] Isteri Berang Suami Beli Rumah Baru Untuk Madu, Robohkan Guna Jentolak!

August 10th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang wanita nekad menghantar sebuah jentolak untuk merobohkan rumah madunya kerana berang setelah mengetahui suaminya membelikan rumah baharu tersebut. Kejadian yang berlaku di Desa Mangga Dua, Serdang Bedagai di Sumatera Utara itu menjadi tumpuan utama orang kampung.

Tidak puas hati

//www.instagram.com/embed.js

Sebuah video viral memperlihatkan sebuah alat berat sedang menghancurkan sebuah rumah. Ternyata rumah tersebut adalah milik istri muda yang ingin diratakan dengan tanah oleh istri tua. Video itu memperlihatkan rumah yang sedang diratakan dengan tanah menggunakan alat berat. Belakangan dikatahui itu merupakan rumah seorang wanita yang menjadi istri muda. Sedangkan yang memerintahkan untuk meratakan rumah itu dengan tanah adalah istri tuanya. Proses penghancuran rumah istri muda tersebut pun menjadi tontonan warga dan viral di media sosial. Warga tampak mengerumuni lokasi rumah yang sedang diratakan dengan tanah.

A post shared by smartgram (@smart.gram) on

Isteri tua menghantar sebuah jentolak untuk meratakan rumah isteri muda. Dia (isteri tua) marah dan cemburu selepas mengetahui suaminya membelikan rumah baru untuk madunya.

Mendapat lebih 75 ribu tontonan, kejadian jentolak yang sedang menghancurkan dinding dan bumbung rumah tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai. Rata-rata terkejut dengan tindakan wanita itu yang menghantar jentolak semata-mata untuk membalas dendam kepada madunya. Kejadian yang dirakam Sugi Sergai itu menyebabkan tempat tersebut huru-hara dan hancur berkecai.

Pelbagai reaksi dari warganet

Hancurkan saja rumah pencuri suami orang sehingga rata

Menurut laporan, suasana di tempat kejadian juga riuh dengan suara penduduk kampung memanggil nama si steri muda yang didakwa sedang hamil tiga bulan. Netizen memberikan pelbagai reaksi dengan sebilangan menyokong dan sebahagian lagi membantah tindakan isteri tua terbabit. Tidak kurang juga yang mengecam tindakan isteri tua dan mahu kejadian itu dilaporkan kepada polis.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×