Seorang wanita yang bergelar isteri kepada seorang jutawan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluh kerana sentiasa diberi layanan mewah oleh suaminya.
Artikel Berkaitan: Isteri Kelima Hartawan Dubai Terima Nafkah RM2.1 Juta Sebulan
Isteri jutawan mengeluh hidup mewah
Menerusi laporan The Sun, wanita yang dikenali sebagai Soudi kerap berkongsi kisah dan rutin hariannya sebagai isteri jutawan di akaun media sosialnya. Soudi turut menceritakan ‘masalah’ yang perlu ditanggunya apabila berkahwin dengan lelaki kaya.
Menurut Soudi, dia langsung tidak dibenarkan menggunakan wang poketnya untuk membeli barangan mewah seperti beg, kasut dan pakaian berjenama. Kesemua perbelanjaan itu ditanggung oleh suaminya, Jamal Soudi.
Tidak terhenti di situ, Soudi juga merasa jengkel dan kurang selesa kerana sentiasa dipantau pengawal peribadi.
Dia (suami) membawa saya terbang (menaiki pesawat) pada setiap bulan. Adalah menjengkelkan mempunyai pengawal peribadi 24/7 (setiap hari).
Meskipun Soudi seakan mengeluh dengan kehidupannya tetapi kebanyakan netizen terutamanya para wanita akui cemburu dan mengimpikan layanan mewah yang dimiliki Soudi. Tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa kehidupan itu yang dipilih sendiri Soudi selain menyifatkan Jamal seorang suami yang baik, bertanggungjawab dan menghargai isteri.
Video
@soudiofarabia Jamal loves it when I behave myself ? #dubai #millionaire #ksa #fyp ? Sherine drake – Djamil
Sumber: The Sun