Meskipun berdepan dengan isu pergolakan rumah tangga, namun isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi tetap menganggapnya sebagai seorang suami yang baik.
Artikel Berkaitan: ‘Awak Tak Hidup Dengan Kami, Saya & Suami Saja Tahu Apa Yang Berlaku’ – Isteri Along Cham Tempelak Selebriti Masuk Campur Hal Rumah Tangga
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Along Cham Dakwa Bapa Mentua Tak Hadir Di Mahkamah Ketika Diikat Jamin – ‘Mesti Ada Sesuatu Berlaku Yang Saya Tak Tahu’
Suami & ayah yang baik
@mingguanwanita “Along Cham boleh saya katakan seorang suami yang penyayang. Saya paling rindu momen kami sekeluarga makan semeja, berbual dan bercerita apa saja. “Ingat lagi bagaimana dia akan menyuruh anak ambilkan topi untuk saya pakai kerana dia tahu saya sensitif kena air hujan. Banyak yang kami buat bersama tapi itulah dari mula Along keluar hingga kini, tak pernah sekali pun dia beri saya peluang bertemunya. Untuk saya jelaskan segala-galanya tentang semua tuduhan dia. Sepanjang podcast bersama Afreena Suhaimi termasuk isu dia dituduh mengelapkan wang ratusan ribu, tidak pernah terkeluar sama sekali mulutnya memburukkan Along Cham biar terlalu banyak keburukan dijaja oleh suami sendiri. “Orang yang tak kenal, akan kata Feena bersalah tapi Feena ada bukti semuanya termasuk transaksi duit itu. Sekarang Feena serahkan kepada pihak polis dan mahkamah termasuk soal taklik yang Along kongsikan di media sosial sebelum ini. Apa dapat MW simpulkan, terdapat perbezaan antara seorang terpelajar dan pelawak kala berbicara. Podcast ini juga bukan untuk memenangkan sesiapa namun ia sekadar luahan hati Feena untuk meluah apa dirasainya. Untuk kisah penuh podcast bersama Afreena Suhaimi yang kini masih bergelar isteri kepada pelawak Along Cham, boleh tonton jam 8 malam ini di saluran facebook dan YouTube Mingguan Wanita.#alongcham #along #pelawak #feena
Menerusi temu bual bersama mingguan wanita, Afreena menyifatkan Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad sebagai seorang lelaki yang budiman dan penyayang.
Dia adalah seorang lelaki yang penyayang walaupun kadang-kadang dia nampak garang.
Saya tak boleh kena hujan, jadi dia akan cepat-cepat cari sesuatu yang boleh tutup kepala saya. Kalau kena hujan saya akan migrain dan sakit kepala.
Dia akan cakap dekat anak dia, ‘cepat cari topi untuk mummy.’
Bukan itu sahaja, Afreena berkata, pelawak berusia 42 tahun tersebut juga sangat rapat dengan anak-anaknya.
Sebagai seorang ayah, dia selalu juga melayan anak-anak terutama anak bongsu saya.
Dia seorang bapa dan lelaki yang sangat baik.
Momen paling dirindui
Dalam pada itu, Afreena juga berkongsi tentang momen yang paling dirindui sepanjang bergelar isteri kepada Along.
Momen yang paling saya rindui adalah ketika kami duduk di meja makan bersama-sama. Duduk makan satu keluarga sama-sama.
Saya selalu masak dan dia pula memang sukakan masakan dari rumah.
Nak kata isteri mithali itu tidak, tapi tanggungjawab kita.
Sebelum ini, Along dilaporkan telah memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya.
Sekadar info, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.
Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun bercerai pada Ogos 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.
Sumber: TikTok Mingguan Wanita