Hasrat isteri kepada penyanyi Sufi Rashid, Nurulain Md Yusof untuk menonton konsert penyanyi terkenal Hollywood iaitu Adele di Jerman akhirnya tercapai.
Artikel Berkaitan: Bertahun Pendam Perasaan, Sufi Rashid Jawab Sebab Isteri ‘Lari’ Ketika Ibu Naik Pelamin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sufi Rashid Bakal Timang Anak Pertama Selepas 5 Tahun Kahwin, Bawa Isteri Tonton Konsert Adele Di Jerman Sebab Mengidam
Sebak jumpa Adele
Menerusi perkongsian di TikTok, Ain akui sebak apabila dapat menyaksikan sendiri persembahan Adele di depan mata.
Saya sedikit sebak dan tersentuh hati menyaksikan persembahannya.
Menerusi hantaran sama, dia juga kelihatan beberapa kali mengesat air matanya yang mengalir disebabkab terlalu terharu.
Pasangan itu juga kelihatan gembira menikmati persembahan yang disajikan Adele sepanjang konsert berlangsung.
Sementara itu, menerusi beberapa siri hantaran lain di platform sama, Ain turut memuat naik persembahan Adele menyampaikan lagu hits miliknya seperti Someone Like You, All I Ask, Set Fire To The Rain dan banyak lagi.
Terdahulu, Sufi memberitahu dia akan membawa isterinya terbang ke Jerman untuk menonton konsert Adele kerana mengidam susulan sedang hamil cahaya sulung mereka.
Video
@nuraaenn I got so emotional yesterday night ? #adeleinmunich ? original sound – Nuraaen
Sumber: TikTok