berita

Video: Isu ‘Cap Ayam’, JoHaRa Mohon Maaf Secara Terbuka

August 27th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

hi_01.2

Jika ada antara anda yang mendengar ERA fm ataupun peminat pasukan bola sepak Malaysia, pastinya anda tahu mengenai kisah keterlanjuran JoHaRa yang menyatakan pasukan bola sepak Sarawak menjadi juara Liga Perdana kerana bermain dalam liga ‘cap ayam’ beberapa hari lepas.

Akibatnya, penyampai-penyampai radio itu yang terdiri daripada Johan, Haniff dan Ray telah menerima pelbagai kecaman termasuk ugutan bunuh sekiranya mereka menjejakkan kaki ke Sarawak.

JoHaRa bagaimanapun menyedari kesilapan mereka dan telah memohon maaf secara terbuka menerusi satu pengumuman khas yang dibuat dalam segmen JoHaRa Pagi Era semalam.

Melalui pengumuman itu, ketiga-tiga mereka menyatakan permohonan maaf dibuat dengan seikhlas hati selain tiada niat menyinggung perasaan penyokong Sarawak FA.

Selain daripada penduduk Sarawak, JoHaRa turut dikecam oleh sebahagian penduduk dari negeri lain yang tidak bersetuju dengan pendapat mereka.

Namun dengan permohanan maaf yang telah dibuat ini, harapnya keadaan kembali pulih dan semoga JoHaRa menjadikan insiden ini sebagai panduan mereka di masa akan datang.

Bagi yang terlepas mendengar ERA fm pagi semalam, di sini OHBULAN! sertakan permohonan maaf yang dibuat ikhlas daripada JoHaRa untuk anda semua.

SKIP THIS AD ×