Baru-baru ini, tular satu video memaparkan keadaan terkini adik kepada Abdur Rahman iaitu Abdullah yang merupakan satu-satunya individu yang terselamat selepas terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa serta empat adik-beradiknya yang lain pada 1 September lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abdur Rahman Terima al-Quran Arwah Adik, Tertunduk Menangis Baca Coretan Arwah Ibu – ‘Jadi Anak Yang Solehah’
Sebak tatap gambar arwah ibu
@rahilanoor85 ???? Berkat doa kalian semua agar kami KUAT????#fyp? #sayangAbdullah #keluargabahagia? #perpisahantermanis ? Ya Nabi Salam Alaika – Ai
Menerusi video dimuat naik ibu saudaranya yang dikenali sebagai Nora Hila, dapat dilihat Abdullah meminta abangnya Abdur Rahman untuk menunjukkan gambar arwah ibunya, Allahyarhamah Noorahimah Noor Muhammad.
Nak tengok gambar boleh ke? Nak tengok gambar ibu.
Meskipun tersenyum, dapat dilihat Abdullah mengesat air matanya yang jatuh tatkala menatap gambar syurganya yang telah pergi buat selama-lamanya itu.
Itu jenazah (arwah) ibu ya. Lawa, patutlah lama tak jumpa Abdullah.
Netizen sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak sebaik sahaja melihat momen dua beradik itu ketika menatap gambar arwah ibu mereka.
Mereka juga mendoakan agar Abdur Rahman dan Abdullah sentiasa tabah dengan ujian dan dugaan yang menimpa mereka ini.
Bapa saudara ‘lega’
Sementara itu, bapa saudara kepada dua beradik ini iaitu Mohd Hairul Noor Muhammad, 54, mengakui bahawa dirinya berasa lega selepas Abdullah mengetahui tentang pemergian keluarganya.
Memetik laporan Harian Metro, Hairul memaklumkan bahawa dia pernah cuba untuk menjelaskan perkara sebenar kepada Abdullah sebelum ini namun anak saudaranya itu seakan tidak mengerti apa yang cuba disampaikannya.
Terlerai sudah segala rahsia yang kami simpan selama ini selepas dia (Abdullah) tahu ibu, abi dan adik beradik lain sudah tiada.
Selama ini, saya terfikir-fikir apa yang perlu lakukan untuk memberitahu perkara sebenar. Setiap malam sebelum tidur, saya cuba bagaimana nak cerita perkara sebenar.
Tiba-tiba malam kelmarin, dia buka mulut mengatakan ibu dan abi sudah tiada. Dia berbual dengan emak saya dan emak menitis air mata bila diberitahu mengenai perkara itu.
Sekarang hati saya sudah lapang, apa yang cuba saya beritahu akhirnya dia tahu sendiri. Walaupun dalam keadaan semakin pulih, namun dia seolah-olah belum mengerti apa sebenarnya berlaku.
Terdahulu, kisah pemergian pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Noorahimah Noor Muhamad, 43 yang maut akibat kemalangan jalan raya begitu menyentuh hati wargamaya.
Selain Amir Ruddin dan Noorahiman, empat lagi anak mereka iaitu Fatimatulzahrah, Seri Khadijah Aqilah, Rufaidatul Asyariyah dan Muhammad Assyakrawi turut terkorban manakala Abdullah merupakan satu-satunya yang terselamat dari kemalangan tersebut.
Sumber: TikTok, Harian Metro