Penyanyi terkenal, Jaclyn Victor memaklumkan individu menyunting fotonya melalui kecerdasan buatan (AI) seperti yang tular di media sosial baru-baru ini didakwa berasal dari India.
Scammer dari negara India
@ohbulanofficial Jaclyn Victor memaklumkan individu menyunting fotonya melalui kecerdasan buatan (AI) seperti yang tular di media sosial baru-baru ini didakwa berasal dari India. Jauhnya! #ohbulan #trendingnewsmalaysia #jaclynvictor #fakenews ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditemui OhBulan!, Jaclyn berkata lebih kurang dua bulan lalu, dia menerima gambar yang menunjukkan sekumpulan individu memegang sepanduk bertulis ‘Bebaskan Jaclyn Victor’ seolah-olah dirinya ditahan pihak berkuasa.
Pada mulanya, saya tidak ambil serius kerana saya tahu itu bukan perkara sebenar. Tapi situasi itu semakin menjadi-jadi dan semakin ramai yang hantar benda sama kepada saya.
Gambar tu telah disunting dengan meletakkan wajah saya pada badan individu yang berbogel.
Tambah pelantun lagu Gemilang itu lagi, hasil maklumat diperolehi ‘scammer’ tersebut berasal dari India.
Semua yang hantar tangkap layar mengenai berita palsu itu daripada laman web berbeza. Saya cuba cari laman web tersebut tetapi tiada.
Semua maklumat saya bandingkan untuk memastikan sama ada ia di bawah nama yang sama. Rupa-rupanya ia perbuatan seseorang dari negara India.
Jaclyn berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran album Glorious di A Quite Placae Karaoke, Kuala Lumpur pada Rabu.
Jaclyn dah hubungan SKMM
View this post on Instagram
Ditanya mengenai usaha yang telah dilakukannya untuk menghentikan parkara tersebut, Jaclyn berkata, dia telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) namun setakat ini, mash belum menerima maklum balas.
Saya ada menghantar mesej langsung (DM) kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi tiada balasan mungkin sebab terlalu ramai hantar mesej.
Jaclyn yang kini sibuk dengan persiapan showcase pelancaran album Glorious di Aurum Theatre, The Exchange TRX pada hujung minggu ini, merancang untuk membuat laporan polis dalam masa terdekat.
Baru-baru ini, saya ada ke balai polis atas satu urusan dan bila saya tanya, mereka kata saya kena buat laporan polis. Tapi polis minta saya kumpulkan segala bukti gambar terlebih dahulu.
Mungkin minggu ini saya akan buat laporan polis sebab sekarang masih sibuk dengan urusan kerja.
Dalam pada itu, Jaclyn turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan iklan penipuan yang menggunakan gambarnya.