Meskipun anak berdepan dengan kontroversi rumah tangga, namun Abby Abadi masih mengekalkan hubungan yang baik dengan puteri tercintanya Marissa Dania Hakim.
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Rindu Marissa Dania – ‘Kenapa Mama Mesej Tak Balas?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Coretkan Pengorbanan Sebagai Ibu Bapa – ‘Kami Kerja Keras Nak Bagi Anak-Anak Selesa & Hidup Macam Orang Kaya …’
Makan bersama
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memuat naik video yang memaparkan keluarga besarnya sedang duduk semeja dan makan bersama-sama.
Dalam masa yang sama, di ruangan kapsyen, pelakon filem Gerak Khas The Movie tersebut menitipkan nasihat buat Marissa.
Satu hari nanti..insya-Allah. Jaga diri baik-baik. Makan banyak sikit, sedih mama tengok kurus sangat dah anak mama.
Belajar dari pengalaman okay sayang. Mama, abah, papa, mummy dan adik-adik semua sayang ‘pon pon’ dia Lillahi Ta’ala.
Turut kelihatan di dalam video tersebut adalah, suami kepada Marissa iaitu Aslam yang duduk bersebelahan dengannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang bergelar ibu turut meluahkan perasaan yang sama apabila melihat perubahan pada anak mereka.
Sebelum ini, aktres berusia 46 tahun tersebut memuat naik hantaran di media sosial dengan meluahkan rasa rindu terhadap puterinya itu. Abby juga menyatakan hasrat untuk bertemu Marissa selepas mesej yang dihantar tidak dibalas.
Terdahulu, dalam satu temu bual, Abby mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular.
Sebelum ini, Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam iaitu Misya.
Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.
Sumber: IG Abby Abadi