berita

[VIDEO] ‘Jalan Kita Pilih Tak Mudah, Satu Hari Nanti Kita Akan Betul-Betul Happy’

November 30th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Satu demi satu terbongkar di media sosial! Terbaru, tular beberapa keping gambar antara pempengaruh media sosial, Alif Teega dengan seorang wanita yang didakwa isteri keduanya iaitu Fatin Umaidah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Teega & Isteri Kedua Nikah Di Songkhla, Empat Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?

Artikel Berkaitan: Alif Teega Tak Mengaku ‘Naik Tangan’ Dekat Aisyah, Dah Penat Bertubi Kena Fitnah – ‘Saya Nak Rehat’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Viralkan Gambar Alif Teega & Wanita Dipercayai Fatin Umaidah Dalam Kereta – ‘Patutlah Tak Bagi Check Dashcam, Takut Kantoi!’

Jalan dipilih tak mudah

alif fatin

Bukan itu saja, suara latar dalam video juga menuai perhatian warganet. Dakwa netizen, suara itu dipercayai milik Fatin Umaidah.

Menerusi rakaman itu, wanita yang dikatakan Fatin Umaidah meluahkan rasa ‘sakit’ apabila hubungan percintaan mereka tidak seindah seperti pasangan lain.

Bila kita struggle, nak contact susah, hantar gambar. Kemudian, Allah buka jalan. Family abang terima, family saya terima.

Jalan kita pilih ini tak mudah awak.. Tapi saya tahu kalau saya kuat, awak kuat.

Bagaimanapun, Fatin Umaidah percaya satu hari nanti mereka akan mengecapi rasa bahagia.

Satu hari nanti kita akan betul-betul happy. Saya tak sabar nak jadi isteri awak. Saya rindu awak sangat-sangat.

Saya sayangkan awak tau. Take care. I love you.

Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang personaliti media sosial, Alif Teega yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain.

Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Manakala, Aisyah mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×