berita

[VIDEO] ‘Jangan Salahkan Mak Ayah Saya & Saya Tak Mahu Lagi Jadi Artis’ – Masya Masyitah

August 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Masya Masyitah

Penyanyi Masya Masyitah berharap orang ramai berhenti menunding jari dan menyalahkan kedua ibu bapanya susulan tindakannya yang menanggalkan tudung.

Artikel Berkaitan: Bulu Kaki Masya Masyitah Jadi Sasaran Baru Netizen! Semakin Berani Tunjuk Perut

Artikel Berkaitan: Masya Masyitah Tampil ‘Freehair’, Netizen Kecam Hebat & Sepakat Unfollow -‘Hanyut Dikejar Dunia’

Jangan salahkan mak ayah

Masya Masyitah

Menurut Masya, keputusan untuk tidak lagi berhijab adalah pilihannya sendiri dan tidak didorong oleh mana-mana pihak.

Itu (tanggalkan tudung) adalah pilihan saya sendiri. Kalau nak marah ke apa, marah pada saya.

Tak payah nak cakap mak saya pun ikut sama galak (mengada) dan jangan salahkan mak ayah saya.

Siapa kata ayah saya akan tanggung? Sendiri buat, saya sendiri lah tanggung.

Masya berkata demikian ketika menjawab beberapa pertanyaan peminat sewaktu melakukan sesi siaran langsung di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelantun lagu Halimuman itu berkata dirinya sudah tidak mahu lagi bergiat aktif dalam industri.

Saya nak hidup bebas, saya dah tak mahu jadi artis, tak mahu dunia glamour. Orang kata saya sendu, ya memang saya nak jadi sendu. Sekarang saya nak jadi orang biasa sahaja.

Berlambak job yang saya dapat, tapi saya tolak, saya tak mahu ambil. Saya nak berehat.

Terdahulu, Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik beberapa foto tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya pada 30 Julai lalu.

Tindakannya itu telah mendapat kecaman bertalu-talu daripada wargamaya sehingga ada yang sepakat untuk ‘unfollow’ Masya di media sosial.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×