Pelakon dan pengacara, Janna Nick terkenal dengan sikap jujurnya ketika membuat penilaian rasa makanan yang dimakan. Terbaru, Janna dan suami, Dini Schatzamann berpeluang merasai keenakan kek butter cheese dari Sarawak yang sedang viral.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick Jawab Komen Netizen Nampak Berisi, Sudah Cuba Pelbagai Cara Nak Hamil – ‘Makan Segala Jenis Suplemen’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick ‘Terbangkan’ MUA Dari Thailand, Netizen Puji Naik Seri Pengantin – ‘Fresh Look & Natural’
Tak rasa premium butter
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Janna berpendapat testur kek itu agak kering dan rasa yang biasa saja. Bagi Janna, kek itu terlalu manis untuk tekaknya yang bukan penggemar kek.
Rasa dia kan biasa saja. Sorry ye orang Sarawak, jangan marah saya. Saya pernah try butter cake yang lebih sedap dari ini.
Tapi kek ini tak oily. Saya rasa kek ini manis. Saya tak rasa premium butter.
Saya tak rasa feel nak makan lagi sekali. Mungkin taste saya lain, yang lebih moist. Ini kering.
Susulan itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memberikan ‘rate’ 3/10 manakala Dini pula dilihat ‘kena dengan tekak’ apabila penilaiannya agak tinggi iaitu 7.5/10.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terima dengan ulasan pelakon drama Melastik Ke Hatimu kerana setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza.
Sumber: TikTok