berita

[VIDEO] Jatuh ‘Tergolek’ Nak Naik Pentas, Nabila Razali Sempat Ucap Selamat Tahun Baru – ‘Cover Baik Punya’

January 1st, 2022 | by Amirul Asraf
Video Popular

Meskipun sudah tergolek di atas lantai, pelantun suara ‘Peluang Kedua’ iaitu Nabila Razali sempat mengucapkan selamat tahun baharu kepada peminatnya di dalam sebuah majlis semalam.

Permulaan tahun 2022

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila yang mengenakan pakaian berwarna merah jambu dilihat terjatuh ketika menghampiri sebuah pentas dipercayai angkara kasut tumit tinggi yang dipakainya. Kejadian itu dipercayai berlaku ketika dia sedang membuat persembahan semasa sambutan ambang tahun baharu di sebuah majlis di sekitar ibu kota semalam.

Walaupun terjatuh, difahamkan Nabila tidak mengalami kecederaan serius dan dia telah dibantu oleh dua orang wanita untuk bangun semula. Menerusi klip video berdurasi 15 saat itu, Nabila sempat menghiburkan hadirin dengan ucapan selamat tahun baharu.

Happy New Year Gais, Happy New Year.

Cover baik punya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@nabila.razali)

Beginilah tahun 2022 saya bermula.

Ujar Nabila, dia membuka lembaran tahun baharu dengan insiden tergolek di lantai. Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa simpati melihat Nabila Razali. Pada masa yang sama, mereka tidak dapat menahan gelak apabila penyanyi tersebut sempat ‘cover’ dan memberi ucapan selamat tahun baru kepada para peminatnya.

Sumber: Nabila Razali 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×