![[VIDEO] Jawapan Ameera Khan Ketika Disuruh Tanggal Jaket – ‘I’m Wearing Nothing Inside’](https://asset.ohbulan.com/2025/10/ameera-khan-2.jpg)
Nama pempengaruh, Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian sehinggakan menjadi bualan ‘panas’ warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Sifatkan Jefri Nichol ‘Dream Guy’, Syukur Dapat ‘Boyfriend’ Setia & Penyabar
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Berpakaian Serba Hitam, Netizen Buat Spekulasi – ‘Pergi Kursus Kahwin Ke?’
Pose tanpa jaket

Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG), Ameera kelihatan bergaya sambil melakukan beberapa ‘pose’ ketika menghadiri Milan Fashion Week (MFW).
Kemudian, jurugambar itu menyuruh Ameera untuk menanggalkan jaket berwarna coklat yang digayakan.
Can we make one without jacket please? (Boleh tak kita buat satu tanpa jaket?)
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah jawapan ringkas yang diberikan oleh adik kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa.
Tak pakai apa-apa

Kata pemilik nama Nur Ameera Abdul Halim Khan, ‘I’m wearing nothing inside.’ (Saya tak pakai apa-apa di bahagian dalam.)
Pendedahan itu menjadi bualan ramai kerana disifatkan terlalu berani malah tidak sesuai dengan dirinya yang beragama Islam.
Sumber: Instagram








