berita

[VIDEO] Jepun Berjaya Lakukan Ujian ‘Kereta Terbang’ Dipandu Manusia, Bakal Dijual Tak Lama Lagi?

September 3rd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Teka teki mengenai kereta terbang yang sering digembar-gemburkan sebelum ini bakal terjawab apabila SkyDrive Inc. Jepun telah berjaya membuat ujian kereta terbang. Ujian itu dilakukan dengan menggunakan manusia bagi memandu jentera tersebut.

Terbang hanya 5 ke 10 minit

Menurut TechXplore, ujian yang dilakukan kali ini telah berjaya setelah demonstrasi yang dilakukan tiga tahun lepas gagal. Walaubagaimanapun, jentera tersebut hanya boleh diterbangkan selama 5 hingga 10 minit sahaja untuk masa sekarang.

Ketua SkyDrive, Tomohiro Fukuzawa berharap dapat menerbangkan jentera tersebut untuk jangka 30 minit ataupun lebih. Tambah Tomohiro, dengan penambahan tempoh penerbangan itu, dia berharap juga jentera itu berpotensi untuk dieksport dan menjadikannya sebagai produk nyata menjelang tahun 2023.

Banyak isu dipertimbangkan

Tomohiro juga menyatakan ciri-ciri keselamatan perlulah dititik-beratakan supaya ianya selamat untuk digunakan oleh orang ramai. Selain itu, hanya segelintir projek dari 100 projek kereta terbang seluruh dunia yang berjaya dengan ujian manusia di atas jentera. Dia juga berharap ramai orang yang ingin menaikinya dan berasa selamat.

Bagaimanapun, pelbagai isu timbul yang dilihat berpotensi menjadi masalah besar dalam memasarkan kereta terbang ini seperti saiz bateri, trafik kawalan udara dan masalah infrastruktur. Masalah bateri itu dianggap sebagai masalah besar kerana ianya berkemungkinan kehabisan bateri ketika berada di udara.

Sumber : TechXplore

SKIP THIS AD ×