Sepotong video memperlihatkan jaguh sukan muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar membeli seutas jam tangan jenama mewah telah menyorot perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: Johan Ghazali Mohon Maaf, Tiada Niat Merendahkan Sukan Silat – ‘Soalan Itu Perangkap, Patutnya Masukkan Bahagian Bergurau’
Artikel Berkaitan: [FOTO] Pelumba F4 Malaysia Ini Trending & Jadi Kegilaan Gadis Indonesia, Kenapa Agaknya?
‘Reward’ diri sendiri
Menerusi hantaran di TikTok, Johan atau mesra dengan sapaan Jojo berkata jam tersebut dibeli sebagai tanda apresiasi kepada dirinya sendiri.
Reward untuk diri sendiri, alhamdulillah.
Pada hantaran sama, anak kelahiran Sarawak itu berkata dia akhirnya dapat membuktikan bahawa sukan yang diceburinya itu boleh dijadikan sebagai bidang kerjaya.
Dulu orang selalu cakap sukan muay thai tak dapat jadikan sebagai kerjaya, alhamdulillah sekarang semua terdiam.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen saling meneka harga jam tangan tersebut dan ada yang mendakwa mencecah RM74,000.
Selain itu, wargamaya turut berbangga dan menumpang rasa gembira dengan kejayaan yang dikecapi Johan.
Video
@johanghazali A reward to myself alhamdullilah. Dulu orang selalu cakap muaythai takdapat jadikan kerjaya, alhamdullilah sekarang semua terdiam. ????#johanghazali #fyp ? original sound – EX7STENCE™
Sumber: TikTok