Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali membuat kejutan kepada ibunya, Jennana Johnson dengan menghadiahkan seutas jam tangan mewah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pempengaruh Dedah Harga Jam Tangan Johan Ghazali Hampir RM100k Seutas – ‘Semenjak Dapat Bonus, Saya Nampak Dia Banyak Buat Pembelian’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kekasih Johan Ghazali Tolong Cabut Benang Jahit, Peminat Suruh Cepat Kahwin – ‘Untunglah Dapat Girlfriend Doktor’
Hadiahkan ibu Rolex
@johanghazali Alhamdullilah special gift for a very special person. Kalau mama tak mengaku Jojo favourite son jojo give up je la.
? original sound – JohanGhazaliMuaythai – JohanGhazaliMuaythai
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mendatangi ibunya sebelum menghadiahkan wanita itu seutas jam tangan daripada jenama Rolex.
Ibu Johan kemudian dilihat tidak mampu menahan air mata selepas membuka kotak jam tersebut meskipun pada awalnya dia menyangka anaknya mahu melakukan rakaman video tentang minyak wangi.
Mama ingat awak nak buat rakaman video minyak wangi.
Di ruangan kapsyen, atlet berusia 18 tahun itu mengucapkan rasa syukur kerana dapat memberi hadiah istimewa buat ibunya.
Alhamdulillah, hadiah istimewa untuk orang yang istimewa.
Kalau mama tak mengaku Jojo anak kesayangan, saya give up sahaja la.
Komen netizen
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Johan atau mesra disapa Jojo itu yang tidak pernah melupakan orang tuanya dengan berkongsi rezeki bersama ibu tercinta.
Mak selalu akan tersentuh, bila anak pandai hargai mereka.
Sejuk perut ibu mengandungkan Jojo.
Air mata kegembiraan seorang ibu lebih mahal daripada isi dunia.
Aku bangga dengan kau JoJo, momen bersama keluarga sangat bermakna.
Akhirnya, cair juga hati mama Jojo.
Sumber: IG Johan Ghazali