Johan pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 iaitu Farhatul Fairuzah akhirnya menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihannya iaitu Ilham Amri. Tahniah!
Artikel Berkaitan: Peminat Terpegun Dengar Ernie Zakri Bertaranum Dengan Johan Tilawah Al-Quran – ‘MasyaAllah Merdu Sungguh’
Artikel Berkaitan: Ingin Mendalami Seni Taranum Dengan Baik? Johan Tilawah Al-Quran Kongsi Rahsianya
Satu dinar emas
Majlis perkahwinan Farhatul dan Ilham disiarkan secara langsung di TikTok, semalam. Pasangan tersebut dinikahkan oleh abang pengantin perempuan sendiri. Difahamkan, pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak satu dinar emas.
Alhamdulillah. Terima kasih buat semua yang menjayakan majlis ini dan menjadi lebih bermakna. Doakan kami, semoga hubungan dan perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga.
Majlis yang sangat indah itu dihadiri keluarga, kenalan dan beberapa orang selebriti. Pengacara terkenal, Fedtri Yahya pula diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis perkahwinan itu.
Difahamkan, Mohammad Ilham Amri adalah seorang mutawif di sebuah syarikat pelancongan dan umrah terkemuka.
Menjengah di ruangan komen, ramai rakan selebriti mengucapkan tahniah buat Farhatul.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Farhatul Fairuzah