Pempengaruh Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina antara yang turut lantang menyatakan soladiriti terhadap saudara sesama Islam di Gaza, Palestin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beri Staf RM10k Belanja Duit Kahwin, Ini Syarat Hafiz Mahamad
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad 55 Kali Buat Kejutan Untuk Isteri, Kali Ini Sewa Pawagam & Hadiahkan Pakej Haji
Sebar perkara baik
View this post on Instagram
Menurut Hafiz, sebagai individu yang mempunyai kelebihan pengikut di media sosial, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menyampaikan wardah dengan cara berhemah serta menyuntik kesedaran kepada orang ramai.
Kata Hafiz, dia jarang bersuara tentang isu semasa namun untuk negara Palestin, dia perlu memberi sokongan sepenuhnya.
Berapa jumlah followers adalah bukan untuk kita bangga-banggakan sebaliknya itu jumlah yang kita bertanggungjawab untuk sebarkan perkara baik.
Saya jarang bersuara tentang isu semasa, tetapi apabila berkaitan Palestin, saya rasa itu tanggungjawab sebagai orang Islam untuk terus sebarkan kesedaran.
Susulan itu, Hafiz dan Aina tampil dengan sebuah video berjudul Message for P yang menggunakan perantaan bahasa Arab sebagai medium untuk menyebarkan mesej lebih meluas secara global.
Harapan saya agar mesej itu didengari dan difahami secara terus oleh saudara Islam kita di Gaza.
Dalam video ini, tanda menghulurkan tangan sebagai simbolik soladiriri untuk mengajak semua pempengaruh dan pengguna sosial media untuk bersama-sama menyambut perjuangan ini.
Hafiz yang juga pengasas Ainaa Beauty baru sahaja selesai menghasilkan 10 siri kisah transformasi pengguna Ainaa Beauty menyedari akan tanggungjawab sebagai influencer dan usahawan utk menyebarkan kesedaran solidariti palestin kepada seluruh dunia.
Seramai 70 orang yang terlibat dalam penghasilan video tersebut yang terdiri daripada kakitangan dan usahawan Ainaa Beauty. Perancangan video solidariti ini juga mengambil masa kurang daripada tiga hari.
Banyak cara boleh buat
Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata ini turut mengulas mengenai tindakan segelintir pempengaruh dan selebriti yang menikus dengan tidak menyatakan soladiriti terhadap Palestin di media sosial.
Mungkin setiap orang ada cara tersendiri untuk membantu saudara kita di sana. Ada yang hanya berdoa, ada yang beri sumbangan dan ada yang gunakan pengaruh media sosial untuk memberikan kesedaran.
Saya tahu, bila bercakap soal Palestin ia sedikit sebanyak memberi kesan pada sistem algoritihm media sosial kita dan berisiko di-banned. Tapi saya percaya, banyak alternatif lain yang kita berjaya buat untuk terus sebarkan kesedaran ini.
Contoh, dalam video saya. Saya namakan ia “Message for P”. Tidak menggunakan nama Palestin sebab video itu mungkin disekat & mesej yang kita nak sampaikan tu gagal.
Sumber: Instagram