berita

Video: Justin Timberlake & ‘N Sync Ubat Rindu Peminat

August 27th, 2013 | by Ai
Video Popular

nsync

Dengan berakhirnya MTV: Video Music Awards 2013 yang berlangsung pagi semalam waktu Malaysia, ramai peminat telah disajikan dengan pelbagai kejutan dan persembahan menarik. Antaranya seperti persembahan epik Justin Timberlake bersama bekas kumpulannya, ‘N Sync.

Melalui video yang dirakam pada majlis anugerah itu, Justin bersama JC Chasez, Chris Kirkpatrick, Joey Fatone dan Lance Bass dilihat cukup bertenaga menari dan menyanyikan lagu Bye Bye Bye.

Menurut portal US Magazine, kelima-lima mereka telah lama tidak membuat persembahan bersama sejak Anugerah Grammy pada tahun 2003.

Untuk pengetahuan, Justin pada mulanya sedang asyik menyanyikan beberapa buah lagu seperti ‘Take Back the Night’, ‘Sexy Back’, ‘My Love’, ‘Cry Me a River’, ‘Señorita’, ‘What Goes Around Comes Around’ dan ‘Rock Your Body’ sebelum rakan-rakannya naik ke pentas dan meneruskan persembahan sambil diiringi jeritan gembira oleh para peminat.

177696932_N-Sync-467

Screen Shot 2013-08-26 at 16.34.32

Nampaknya kejutan yang diberikan oleh ‘N Sync dan Justin memang betul-betul memukau perhatian penonton dan mengimbau kembali kenangan zaman kegemilangan kumpulan yang pernah menjadi pujaan ramai itu.

Bagi yang tidak berkesempatan melihat persembahan mereka, di sini OHBULAN! sertakan video rakaman berkenaan untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

http://www.youtube.com/watch?v=v5C_yNodnhY

SKIP THIS AD ×