Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus memberi nasihat tentang isu pergolakan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Maksud Cerai Taklik? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum Poligami Tanpa Izin – ‘Ingat, Isteri Pertama Jasa Dia Besar’
Pesanan Ustaz Azhar
@netfreak96_ Kadang-kadang Baik Berpisah Sekejap Tanpa Lafaz Cerai ? #pisah #suamiistri #foryou #foryoupage #ustazazharidrus
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar berpendapat pendekatan berpisah sementara adalah lebih baik ketika pasangan sedang berbalah.
Kadang-kadang berpisah sekejap tanpa lafaz cerai adalah membaikkan keadaan.
Tengok kepada keadaan pasangan masing-masing. Sebab pasangan kita ini apabila sudah menjadi suami isteri, macam-macam hal.
Ada isteri yang mudah untuk minta maaf, ada yang susah untuk minta maaf kalau buat salah, ada isteri kalau dia buat salah kita (suami) pula yang kena minta maaf.
Ada suami dengan kawan-kawan tak berkira tapi dengan isteri berkira.
Dalam pada itu, pendakwah terkenal tersebut juga menasihati pasangan suami isteri untuk berbincang andai pergaduhan mereka berlanjutan.
Kita takkan dapat yang sempurna. Berlebih kurang dan bermaaf-maafan.
Tiga bulan tidak duduk bersama, adalah lebih baik berbincang kerana kita tak lari daripada perkara yang menyebabkan berlaku perlawanan.
Janganlah berbalah. Kalau tiada arah juga, jatuhkan satu talak jangan lebih.
Sumber: TikTok