![[VIDEO] Kak KM Kesal, Dakwa Berpuluh-Puluh ‘Parcel’ & Duit Raya Hilang – ‘Boleh Tak Jadi Manusia Jujur?’](https://media.ohbulan.com/2024/06/IMG_0524.jpg)

Usahawan terkenal Kak KM luah rasa kecewa dengan sebuah syarikat penghantaran barang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Beli Rumah Untuk Anak-Anak, Harga RM1 Juta Setiap Seorang – ‘Jika Saya Tiada, Saya Tak Mahu Mereka Terbiar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Menangis Anak Bakal Masuk Universiti – ‘Nanti Kalau Faris Lapar Macam Mana?’
Kak KM kecewa
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mendakwa barang yang dihantar kepada pelanggannya telah hilang.
Bukan itu sahaja, duit raya yang diselit di dalam bungkusan tersebut juga didakwa turut dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Duit raya ada di dalam setiap parcel. Tapi kedua-duanya hilang. Berpuluh-puluh parcel hilang.
Boleh tak jadi manusia yang jujur? Kau hamak sangat ke duit raya? Kau hamak produk aku ke? Beli je la bukannya mahal pun.
Mungkin aku akan berhenti dan guna penghantaran yang lain.
Nasihat netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meminta Kak KM supaya menukar syarikat penghantaran yang baru.
Dalam masa yang sama, mereka juga menasihati Kak KM supaya tidak mendedahkan tentang duit raya yang dimasukkan ke dalam bungkusan penghantaran.
Jangan beritahu ada duit raya dalam tu, diam-diam je.
Tukar servis penghantaran yang lain, duit pun bagi cara lain dan jangan masukkan dalam postage.
Jangan cakap dekat TikTok nanti akan ada yang buka. Saya dapat duit raya juga beli parcel cuma penjual diam-diam je bagi.
Sumber: TikTok Kak KM







![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)
