Usahawan sensasi, Kak KM memberikan pandangannya tentang perihal rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Aku Buka Pekung Jahanam Juga Ni, Ada Yang Bercerai Kejap Lagi’ – Kak KM
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Hairan Kak KM Hadiah Anak Rantai Perut Emas – ‘Duit Banyak Sampai Tak Tau Nak Beli Apa Gamaknya’
Kerjasama dengan pasangan
@kakkmsweetdaraofficial kerja sama itu penting. kadang kecil2 tu ramai yang tak perasan tu pun boleh jadi issue #kakkmbukanbiasa2 #kakkmtaktumpangpopularitiorglain #bismillahfyp #sweetdara #alhamdulillah
? original sound – Sweetdara.lianarosliofficial – Sweetdara.lianarosliofficial
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menjawab pertanyaan pengikutnya tentang tips perkahwinan bagi pasangan baru.
Menurut Kak KM, antara perkara yang perlu dititip beratkan adalah sabar, kerjasama dan haruslah bersikap ringan tulang terhadap pasangan masing-masing.
Kena banyak bersabar dan saling membantu.
Yang suami janganlah kau rasa kau raja dalam rumah tu, bila makan kau bagi bini kau pinggan suruh basuh. Konon-konon nak jadi raja. Engkau bukan raja!
Kau kena tolong isteri kau, patutnya itu kerja kau.
Dalam masa yang sama, anak kepada aktres Normah Damanhuri itu menekankan bahawa tugas suami bukanlah semata-mata mencari nafkah tetapi haruslah menolong isteri menyelesaikan kerja rumah termasuk urusan anak-anak.
Kalau dah beranak tu, sama-sama jaga anak, sama-sama kemas rumah. Jangan pula cakap, ‘awak kena buat semua, saya suami, saya cari nafkah’.
Tak ada istilah kau kena bekerja sahaja, bini kau kena buat ini semua, tidak. Buat sama-sama. Kalau kau nak hubungan itu berterusan.
Kena saling hormat-menghormati.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh usahawan itu.
Dengar tu, jangan kau ingat bini tu hamba.
Betul. Sama-sama bekerja dan saling membantu.
Sila hadam, jangan tahu nak perintah isteri je.
Sumber: IG Kak KM