Usahawan dan personaliti media sosial, Kak KM mendedahkan dia sentiasa menghormati suaminya, Razman Ramli meskipun mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dalam rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Tak Beri Nafkah Dekat Isteri, Hidup Kau Tak Akan Senang’ – Kak KM
Perlu hormat suami
Ketika ditemui OhBulan!, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli turut menasihati para isteri di luar sana untuk tidak memperlekehkan para suami walau apa jua keadaan.
Sebenarnya macam ini bila seseorang isteri itu kaya tak bermakna dia tak perlu hormat suami dia. Itu adalah salah.
Rezeki saya mungkin lebih daripada suami dan itu adalah ‘bonus’ yang Allah nak bagi tapi kita masih ada suami, kena hormat.
Tak boleh perlekehkan dia dan kena selalu ingat bahawa suami itu adalah suami kita. Dia ada ‘level’ yang perlu kita hormat.
Jadi, tak adanya nak beza-bezakan ke apa. Macam mana sekali pun suami kita itu, miskin ke tak pandai ke apa tetap kena hormat.
Jangan jadikan duit kuasa
Dalam pada itu, Kak KM juga menasihati para wanita di luar sana untuk tidak menjadikan duit dan pangkat sebagai ‘tiket’ untuk berasa diri hebat sehingga hilang hormat pada suami.
Jelas anak kepada pelakon Norman Damanhuri, setiap rezeki yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang boleh ditarik pada bila-bila masa saja.
Jangan jadikan duit kuasa sehingga membuatkan kita rasa kita hebat dan ada segala-galanya.
Rezeki ini kalau Tuhan nak tarik, habis. Duit dan kemewahan ini adalah pinjaman ja.
Jangan ingat kita akan selama-lamanya hidup senang.
Senang cakap, jangan jadi orang kaya bodohlah.