Isu buli di sekolah mahupun di universiti kembali mencuri perhatian ramai di media sosial. Mana taknya, baru-baru ini, vokalis kumpulan Spider iaitu Rustam Mustafah atau lebih dikenali sebagai Tam Spider mendedahkan anak lelakinya yang berusia 14 tahun menjadi mangsa buli di sekolah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Menangis Anak Bakal Masuk Universiti – ‘Nanti Kalau Faris Lapar Macam Mana?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Sukar Berjauhan Dengan Anak Lelaki, Akui Terkesan Kes Kematian Pelajar UiTM Dungun – ‘Saya Rasa Kehilangan.. Luluh Hati’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Tak Sokong Para Suami Bagi Alasan ‘No Money’ Nak Elak Bagi Isteri Duit Raya – ‘Bukan Amaun Banyak Sampai Jadi Miskin’
Berikutan daripada itu, OhBulan! sempat menemu bual usahawan terkenal Kak KM, mengenai pandangan peribadinya tentang isu buli memandangkan anak lelakinya kini menetap di asrama sebuah universiti tempatan.
Kaki aku saja saiz 11
Menurut Kak KM, sekiranya perkara tersebut berlaku terhadap anaknya, si pembuli itu harus berdepan dengan dirinya sendiri. Tambah Kak KM, sebagai seorang ibu dia tidak sanggup melihat anaknya terkesan dengan gejala tidak baik seperti itu.
Kalau jadi dengan anak saya, takut pembuli tu tak sempat lari. Kaki aku saja saiz 11. Saya terus terang tak takut. Kalau kau buat anak saya, kau ibarat dah menempah tiket nak berjumpa dengan maknya.
Disoal sama ada anak-anak pernah menjadi mangsa buli ataupun tidak, Kak KM menjawab, anak sulungnya Nabila pernah menjadi mangsa buli ketika sekolah rendah.
Waktu sekolah rendah, Nabila pernah kena buli sebab masa itu saya baru mula jadi Kak KM. Mereka ejek dia kata ‘mak kau tergelek-gelek dan gedik’ sehingga kena pulau. Itu kira kes buli.
Tetapi Nabila ni garang dan dia tampar budak itu. Tak payah saya turun ke sekolah. Cikgu ada panggil untuk ke sekolah selepas itu, saya turun. Saya tanya dekat cikgu kenapa tak jaga anak murid. Tapi kisah ini tak tersebar sebab dia hanya dalam kawasan sekolah.
Ditanya pula adakah anak-anak pernah menasihati Kak KM supaya menjaga tingkah laku di media sosial agar tidak menjadi bahan perbualan netizen, ibu kepada empat orang cahaya mata ini secara ringkas menjawab tidak.
Anak-anak tak pernah nasihat saya. Tak ada, Anak-anak tak mengajar saya sebab apa yang saya buat mereka akan rasa itulah yang terbaik untuk keluarga. Itu cara saya cari makan. Saya akan tukar otak anak-anak. Jangan dengar apa yang orang nak cakap. Orang luar tak bagi kita makan dan kita tak pernah meminta. Jangan biarkan orang memperlekehkan kita.
Video
@ohbulanofficial Replying to @Nina Fauzi Jaga-jaga ??#ohbulan #fyp #news #kakkm #tak #berdiam #diri #jika #anaknya #disentuh
Di akhir temu bual, Kak KM menjawab dakwaan netizen berhubung anak perempuannya yang sudah terikut-ikut gaya dan penampilannya di media sosial.
Mereka masih muda, suka hati mereka nak buat apa. Apasal nak kena halang? Ada saja ustazah pakai tudung menari dekat TikTok. Tapi tak viral sebab tak ada siapa nak tengok.
Mereka budak-budak, buat la. Dah tua macam saya nanti tak buat. Ikut peredaran masa contoh sekarang TikTok. Kalau saya nampak tak salah, buatlah. Nabila tak tahan kena kecam dan dia pernah kata nak jadi macam saya sebab kuat.
Saya pesan jangan jadi macam diri saya. Sebab jadi seorang Kak KM kena kuat dari semua segi. Apa yang boleh saya katakan lagi, saya bagitahu dekat dia jangan baca komen. Sebab komen boleh buat down lagi teruk.