Sejak kebelakangan ini, penyanyi Hafiz Suip sering kali dilemparkan dengan dakwaan dan komen-komen negatif daripada warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Korang Tak Kenal Aku Jadi Jangan Sembang Macam Kenal Sangat’ – Hafiz Suip
Artikel Berkaitan: ‘Sejujurnya Saya Dalam Keadaan Tidak Baik’ – Hafiz Suip Sudah Dua Bulan Menetap Di Sarawak, Ambil Masa Tenangkan Diri
Luahan hati bapa
@vitamineb_4u sori saya beralih arah kejap..terjoin live Hafiz plak, saje nk share sini, dulu minat giler dgr suara Hafiz. Alhamdulillah, Hafiz tak lama lg nk bukak studio dah guys, comeback stronger @hafizsuip90 ? -utk viewer,jika takde benda baik yang nk dicakapkan lebih baik diam, takut mengguris hati org nanti bila plak nk mintak maaf kan. semoga dipermudahkan semua urusan Hafiz & lebih sukses Lps ni. aminn? #hafizsuip #fyp? #fyppppppppppppppppppppppp
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Hafiz atau nama lengkapnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip sedang berada di sebuah restoran bersama bapanya.
Namun Hafiz mendapati dia dihujani dengan kecaman di ruangan komen siaran langsung itu.
Mana komen-komen yang hebat sangat tadi? Tunjuklah aku nak tengok!
Tak berani, padam la tu. Berani jadi ‘keyboard warrior’ je.
Bapa Hafiz iaitu Mohamad Suip, kemudian menegur segelintir warganet berikutan sikap mereka yang melampaui batas di dalam penulisan.
Menurut Suip, setiap perbuatan akan ada pembalasannya.
Kalau anak awak orang tuduh macam tu, apa perasaan awak?
Ingat ya karma. Ini masa dia, nanti masa awak pula.
Pelantun lagu Awan Nano itu kemudian dilihat berpuas hati dengan tindakan bapanya itu.
Padan muka, kena marah dengan orang tua. Itu aku baru panggil bapak aku.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Hafiz supaya mengabaikan segala tuduhan dan memberi kata-kata semangat buatnya.
Sumber: TikTok