berita

Hafiz Suip Akui Imej Rambut Hijau Hanya Gimik – ‘Kalau Ikut Hukum Memang Salah Tapi Ia Penting Dalam Dunia Hiburan’

November 21st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Hafiz Suip Jawab Imej Rambut Hijau

Penyanyi, Hafiz Suip mengakui tindakannya yang mewarnakan rambut dengan warna hijau beberapa bulan lalu adalah untuk menarik perhatian wargamaya dan dalam masa yang sama mempromosikan single terbaharunya yang berjudul ‘Terus Bersinar’.

Artikel Berkaitan: Anak Mahu Tiru Imej Rambut Hijau, Hafiz Suip Terus Botakkan Kepala – ‘Beristighfar Saya Masa Itu’

Gimik penting untuk publisiti

Hafiz Suip Jawab Imej Rambut Hijau

Ketika ditemui OhBulan!, Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip berkata, sudah menjadi lumrah di dalam dunia hiburan masa kini untuk seseorang selebriti itu melakukan gimik sebelum melancarkan produk terbaharu mereka.

Isu saya berambut hijau tempoh hari tu memang saya tak nafikan yang saya buat adalah untuk mendapatkan tarikan dan perhatian daripada semua orang sebab dah menjadi lumrah sekarang ini pentingnya (gimik) di media sosial itu.

Saya mengaku dulu pun saya tak berapa aktif di media sosial. Kalau aktif pun Instagram (IG), Facebook tapi sekarang ni saya dah ada TikTok dah sebab benda tu penting untuk saya dan semua orang yang berada dalam industri untuk ‘market’ kan lagi diri kita.

Dan kalau kita perasan, orang lebih suka perkara yang lebih sensasi ni. Saya boleh ja cakap, ‘Saya Hafiz Suip dan akan keluarkan single terbaharu saya dan sebagainya’. Tapi orang akan macam, ‘Oh okay, Hafiz Suip’, macam tu saja.

Hafiz berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada pelancaran single terbaharunya, ‘Terus Bersinar’ yang diadakan di Setia Walk, Puchong pada petang Isnin.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Noktah Cinta’ tersebut mengakui bahawa perbuatannya itu salah dari sudut agama namun hanya melakukannya atas dasar dirinya seorang artis yang berkecimpung dalam industri hiburan semata-mata.

Bila saya warnakan rambut hari itu, orang jadi triggered, ‘Eh kenapa dia buat macam ni? Hari tu bukan ke dia ni Islamik?’

Saya bukan tak sedar tetapi saya sedar perbuatan saya itu. Saya juga sedar kalau ikutkan dari segi hukum pun memang salah sebenarnya tetapi sekarang ni kita bercakap dalam konteks dunia hiburan melainkan kita duduk dalam masjid barulah kita nak cerita berkenaan agama, hukum hakam dan sebagainya.

Saya pula dilahirkan sebagai seorang penghibur dan inilah cara saya untuk mendapatkan publisiti bagi membantu saya kekal relevan.

Saya juga taknak terus selesa walaupun saya pernah ada nama yang besar, pernah menang Anugerah Juara Lagu (AJL) dan sebagainya. Saya kena juga ikut perederan semasa sebab kalau saya ikut stail lama, saya tak akan dapatkan perhatian.

Terdahulu, Hafiz Suip mencuri perhatian ramai apabila tampil memuat naik gambar dirinya berambut hijau di media sosial.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Noktah Cinta ini mengambil keputusan untuk membotakkan kepalanya selepas menyedari imej tersebut membawa pengaruh buruk kepada anaknya.

SKIP THIS AD ×