Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad mendedahkan dia dan isteri berasa sangat bersyukur apabila anak sulung mereka, Naira Mikayla mengambil keputusan untuk bertudung.
Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Nabil Ahmad Geram Netizen Persoal Kemenangan Bell Ngasri – ‘Kenapa Kau Pertikaikan, Itu Rezeki Dia’
Pakai tudung dengan rela hati
Ketika ditemui OhBulan!, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 39, berkata keputusan untuk bertudung untuk dibuat anaknya dengan rela hati dan tanpa sebarang paksaan daripada dia dan isteri.
Satu hari tu tiba-tiba Mika cakap nak pakai tudung, saya dan Zira macam, ‘Uish’, sebab dia baru darjah lima. Jadi saya macam (beri dia kebebasan) apa yang selesa untuk dia, saya tak dorong atau pun memaksa.
Alhamdulillah, saya gembira dan saya support sahaja anak saya. Dia nak beli tudung warna apa ke, anak tudung yang macam mana ke.
Apa yang saya boleh katakan, ia merupakan satu perkara yang saya sangat-sangat bersyukur.
Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media sambutan ‘ERA 25 Tahun’ yang diadakan di Sky Lounge NU Sentral pada Jumaat.
Moga anak terus istiqamah
Dalam pada itu, pelakon filem Sifu Tongga itu mengatakan bahawa dia tidak menghebohkan keputusan itu kerana tidak mahu anaknya dihina ataupun dikecam sekiranya diuji untuk membuka tudung satu hari nanti.
Saya tersangat happy sampai saya takut nak share sebab takut nanti tiba-tiba Allah uji dia buka balik dan sebagainya.
Tetapi kalau boleh biar dia istiqamah, Allah bagi dia istiqamah, nak belajar lagi tentang agama.
Itulah harapan saya, tak ada yang lebih menggembirakan saya daripada anak-anak saya buat perkara-perkara yang ikut agama. Saya happy dan lega.
Ketika ditanya apa yang membuatkan dirinya lega dengan perkara itu, ayah kepada tiga orang anak itu mengatakan bahawa dia tidak mahu anaknya melalui fasa yang pernah dialaminya dahulu.
Sebab saya dulu tak berapa baik, nakal, belajar agama pun lambat, dapat hidayah pun lambat jadi kalau boleh saya taknak anak saya lalui perkara tu.
Biar dia ikut ‘laluan’ yang betul, itu yang saya perlu guide dia. Minta-minta dia istiqamah lah. Doa-doakan dia berterusan je, insya-Allah.
Sekadar info, Nabil dan isterinya, Nazirah Ayub mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna, dan Mishall Imani.