Pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering kali meraih perhatian netizen dengan cara didikan mereka pada anak-anak.
Terkini, Hairul meluahkan perasaannya terhadap Hanis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hairul Azreen Pernah Dapat Layanan Buruk Daripada Artis Lelaki – ‘Dia Tolak Saya, Hancur Hati’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beli Motor Untuk Isteri Sempena Hadiah ‘Anniversary’, Netizen Tanya Hairul Azreen ‘Siapa Yang Gembira Sebenarnya?’
‘Saya peminat Hanis’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Hairul akui masih memikat hati Hanis walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata.
Saya adalah peminat Hanis Zalikha.
Kalau boleh setiap hari saya nak try ngorat dia walaupun dah ada dua anak.
Saya memang suka Hanis dari dulu.
Dalam pada itu, Hairul menyatakan dirinya berhenti beraksi dalam dunia lakonan adalah kerana ingin lebih fokus pada anak-anak.
Bila saya nampak anak membesar depan mata, saya gembira.
@mingguanwanita “Saya memang fans Hanis Zalikha, walaupun dah bertahun kahwin dan ada 2 anak, saya masih cuba setiap hari untuk mengorat dia” – @hairulazreen Hairul lagi pentingkan hubungan yang rapat dengan anak-anak dan isteri berbanding minat, sehingga sanggup berhenti berlakon untuk menyaksikan “progress” anak depan mata. Suka betul tengok hubungan mereka berdua, sweet!! #mingguanwanita #hairulazreen #haniszalikha #mwambiltahu ? original sound – MingguanWanita
Sumber: TikTok MingguanWanita