berita

‘Saya Hairul Azreen, Mengumumkan Yang Saya Berhenti Berlakon…’

August 21st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Hairul azreen

Pelakon terkenal, Hairul Azreen mengejutkan ramai selepas membuat pengumuman bakal bersara dalam bidang lakonan.

Artikel Berkaitan: Safwan Nazri Shooting Malbatt: Misi Bakara Di Turkiye, Isteri Maklum Keguguran 4 Bulan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beli Motor Untuk Isteri Sempena Hadiah ‘Anniversary’, Netizen Tanya Hairul Azreen ‘Siapa Yang Gembira Sebenarnya?’

‘ Saya doa dan Allah makbulkan doa saya’

Hairul azreen

Pengumuman itu dibuat oleh Hairul Azreen atau nama sebenarnya Hairul Azreen Bin Idris sewaktu memberikan ucapan dalam rancangan radio Era FM awal pagi tadi.

Saya Hairul Azreen, nak mengumumkan yang saya berhenti berlakon.

Ujar pelakon berusia 35 tahun ini lagi, dia sudah berjaya mencapai segala impiannya sebagai anak seni daripada belakang tabir sehinggalah ke kaca television.

Saya dah jadi seorang pelakon daripada stunt. Saya dah jadi seorang pelakon filem. Saya doa, saya jadi hero filem, dan Allah makbulkan doa saya.

Saya dah buat belakang tadbir, sebagai stunt man, extra, investor untuk filem-filem, direktor, produser semua benda saya dah lalui dan perjuangan saya biarlah akhiri dengan filem yang membanggakan saya.

‘Saya dah rasa puas dengan yang saya buat’

Hairul azreen

Tambah Hairul, filem Malbatt Misi Bakara bakal menjadi filem terakhirnya sebagai seorang pelakon. Keputusan itu dibuat selepas dia berfikir tentang dirinya yang tidak banyak meluangkan masa bersama keluarga disebabkan kesibukan kerja.

Macam saya tak dapat nak tengok anak-anak, bila saya buat filem, saya perlukan enam bulan, saya buat badan seminggu enam kali, pagi petang malam.

Tahu-tahu anak saya dah besar. Tahu-tahu diorang dah pergi sekolah. Dan saya tak sempat nak buat benda tu semua. So saya dah dapat, dah cukup, saya dah rasa puas dengan yang saya buat.

Sementara itu, pelakon filem Paskal ini juga menyatakan meskipun bakal berhenti daripada bidang lakonan namun masih bergiat aktif di sosial media.

Difahamkan, Hanis Zalikha yang merupakan isteri Hairul turut menyokong keputusannya dan memilih untuk lebih fokus pada perniagaan mereka.

Sumber: Instagram Era.je

SKIP THIS AD ×