Kisah cinta yang terjalin antara Riena Diana dan aktor, Keith Foo mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila mereka kerap berkongsi momen bahagia bersama di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Riena Diana Belum Ada Perancangan Kahwin – ‘Saya & Keith Baru Kenal 4 Bulan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tanya Keith Macam Mana Boleh Jatuh Cinta, Sebab Dia Yang Tergilakan Saya’ – Riena Diana
Gelagat spontan Riena, Keith
@keith.foo6 dia taknak kahwin kalau Gigi dah rongak??. #rienadiana #keithfoo #fyp??viral #foryoupage #doayangbaikbaik ? original sound – Keith Foo
Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, memaparkan pasangan ini mempamerkan keakraban mereka sambil menjamu selera di sebuah restoran, namun apa yang mencuri tumpuan adalah celoteh spontan Riena yang mengusik kekasih hatinya, Keith.
Ketika Keith sedang berselera menikmati makanan laut, tiba-tiba Riena meminta aktor itu agar berhati-hati kerana bimbang giginya akan patah dek kulit ketam yang keras.
Tidak cukup dengan itu, aktres berusia 27 tahun itu berseloroh mengatakan dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang memiliki gigi rongak.
Eh, jangan guna gigi gigit ketam. Aku ni belum lagi kahwin dengan kau, kalau gigi rongak aku tak nak kahwin dengan kau.
Siapa nak kahwin dengan orang gigi rongak nyah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat spontan pasangan ini selain memuji keserasian yang terjalin antara mereka berdua.
Pada Jun lalu, Riena mengakui bahawa hubungan dengan Keith mula berputik ketika penggambaran drama bersiri Salju Rindu yang disiarkan di TV3.
Bagaimanapun, mereka masih belum membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat kerana masih mengenali hati budi masing-masing.
Untuk rekod, Keith Foo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Kim Raymond pada November 2015, dan mempunyai seorang anak perempuan, Skylar, yang kini berusia tujuh tahun.
Sumber: TikTok