Penyanyi dan usahawan Mila Jirin berpendapat, seorang majikan perlu bersikap tegas untuk memastikan pasukannya menjalankan tugas dengan baik.
Artikel berkaitan: Mila Jirin Belajar 3 Perkara Isu Skandal Berpenjuru Selebriti Terkenal – ‘Dengan Izin Allah Semua Orang Tahu’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Mila Jirin Idam ‘Sandera’ Ke AJL, Sahut Permintaan Peminat – ‘Impian Setiap Penyanyi Sebagai Penanda Aras’
Jadi baik kena pijak kepala
Menerusi perkongsian di TikTok Nona, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmila Jirin berkata, sifat terlalu baik itu boleh memakan diri.
Jangan nak jadi seorang majikan atau ketua yang baik. Kalau jadi baik semua perkara okay je sebab awak nak baik kan lepas itu kena pijak kepala dan kemudian menangis di bucu katil. Nak buat apa?
Sebab nak mendapat baik atau pujian itu sekejap saja rasa bunga-bunga tapi amanah yang kita nak jawab dekat Allah nanti macam mana?
Menurutnya, seorang majikan perlu bersikap tegas untuk memastikan pasukan menjalankan tugas dengan lebih bagus.
Jadi, jadilah majikan yang bawa pasukan ke arah kecemerlangan. Tak mengapa kalau pasukan kata awak tak baik. Apa ada pada perkataan baik itu?
Yang kita nak orang bercakap adalah kerana bos saya membuatkan saya jadi macam ni, jadi seorang yang berguna dan jadi seorang yang bagus.
Dalam pada itu, Mila turut bersetuju dengan kenyataan seorang bos sering dibenci kerana sifat mereka yang garang.
Saya setuju. Saya beritahu pasukan sumber manusia saya mana ada dekat dunia ni cakap bos baik? Tak ada.
@nona.my Jangan Jadi Bos Yang Baik – Mila Jirin Nantikan Podcast Nona Lifestyle di FB & YT Majalah Nona@MILA JIRIN x BIZMILLA ? original sound – NONA
Sumber: TikTok